Cintai Pasanganmu Sepenuh Hati, Bila Dah Kahwin Jadi Lebih Romantik Dari Sebelumnya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Mungkin sebelum berkahwin, anda mencintainya kerana siapa dirinya. Macam menyukai budi bahasanya, lemah lembutnya ataupun segala sikap yang baik yang dirinya ada. Itu yang membuatkan anda tertarik dengan dirinya hingga memilih untuk menjadi pasangan hidup anda.

Sebelum berkahwin, memang banyak perkara yang tidak boleh anda lakukan. Malah, setiap perkara yang dilakukan itu ada batas yang sepatutnya. Berlainan dengan selepas kahwin, banyak perkara yang bebas untuk dilakukan.


Sebab itu orang kata jangan bercinta terlalu lama, sebabnya nikmatnya sebuah perkahwinan ini lebih seronok berbanding dengan waktu bercinta.

Bila dah kahwin, kena mencintai pasangan kerana Allah. Bukan kerana paras rupa dan harta benda. Tetapi lebih untuk mencari keredhaan Allah dan sebagainya. Bila dah kahwin ini, jangan lakukan cara yang sama semasa bercinta. Masa dah kahwin inilah kena all out dekat pasangan anda.



Jangan nak malu-malu dengan pasangan, jangan nak rasa ini tak perlu dan ini sahaja yang perlu. Jika masa bercinta anda sekat banyak perkara nak lakukan dengan pasangan, masa dah kahwin inilah anda perlu lakukan dengan pasangan anda.

Bila benda dah halal, jangan sekat apa yang anda mahu laku lakukan. Jangan nak tunda-tunda kerana perasaan malu dan juga takut kalau pasangan tak suka. Kena buat sekali baru tahu pasangan suka ke tak suka.



Banyak perkara romantik selepas kahwin yang ramai pasangan suami isteri tak mahu lakukan. Dengan alasan, malu dan merasakan itu semua tak perlu. Lebih percaya bahawa kalau dia sayang, dia tak akan pergi. Akan tetapi seri rumahtangga tak ada.

Jangan ditahan apa yang anda ingin lakukan, selagi tidak mencederakan pasangan. Tentu sahaja ia bukan satu masalah yang besar. Kadang kala, ada orang itu nak buat macam-macam dengan pasangannya tetapi sebabkab rasa malu dan pelbagai lagi maka dia simpan sahaja dalam hatinya.



Bila dah kahwin ini nak buat apa, buat je. Jangan nak halang atau nak tahan.

Berikan semua kasih sayang dan cinta anda kepada pasangan anda. Lakukan apa yang anda ingin lakukan. Jangan simpan rasa malu dan takut lagi. Bila dah halal ini, pasangan anda adalah tempat untuk anda lakaukan segalanya yang anda mahu dahulu sebelum kahwin.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen