5 Larangan Bila Berjauhan Dengan Pasangan, Kena Yakin Dengan Hubungan Sendiri.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kadang kala tak semua orang akan bernasib baik untuk berada di sisi pasangan selamanya. Boleh jadi, hanya akan berjumpa sekali sekala ataupun pada waktu-waktu tertentu sahaja. Mana tidaknya, ada yang berkahwin tetapi terpaksa berjuahan kerana tugas, malah ada juga yang bercinta tetapi berjauhan kerana sedang membina kerjaya.

Jarak ini kadang kala hanya ujian yang sedikit sahaja dalam hubungan. Akan tetapi jika anda tidak pandai mengawalnya, boleh jadi ia akan menjadi satu perkara yang menyukarkan anda sendiri.


Selalunya bila terpaksa berjauhan dengan pasangan ini, ramai yang akan mengaitkan dengan curang hingga perkara ini menjadi begitu sebati dalam fikiran dirinya. Sedangkan, bila berjauhan ini, tak semestinya akan berlaku curang kalau dua-dua tahu menjaga hati masing-masing, akan tetapi dalam hubungan jarak jauh ini, jangan lakukan 5 perkara ini.

1. Jangan nak ambil mudah.

Bila anda terlalu percaya sangat akan hubungan anda ini, maka akan ambil mudah sahaja akan jarak yang ada itu. Di mana, anda tak selalu berhubung antara satu sama lain, tak saling merindui malah tak selalu bergurau walaupun melalui panggilan telefon sahaja. Lama-lama hubungan yang dulu bahagia ini boleh renggang dan berjauhan dengan jarak yang memisahkan kalian.



2. Jangan berbohong.

Dalam hubungan yang jauh di mata ini, jangan sesekali cuba untuk menipu pasangan. Apabila anda cuba untuk menipu pasangan sekali maka anda akan ingin cuba buat dua tiga kali. Bila kebohongan sudah dipenuhi dalam hubungan yang jauh ini, lama-lama makin tiada hati pada pasangan.

3. Jangan mudah putus asa.

Selalunya bila hubungan jarak jauh ini, ramai yang cepat putus asa. Sebabnya ada yang merasakan bahawa hubungan ini tidak menjadi, malah ada yang beranggapan ia satu perkara yang membuang masa. Jadinya kalau perasaan ini ada memang sukarlah sedikit nak pertahankan hubungan, jadi jangan cepat sangat putus asa.



4. Jangan cepat curiga.

Sikit-sikit nak curiga, nak rasa yang pasangan itu ini. Sedangkan orang itu tak buat apa pun. Semakin tinggi pasangan curiga anda ini, makin susahlah nak jaga hubungan. Mana tidaknya, bila curiga ini makin tinggi maka akan selalu tercetusnya salah faham dan pertengkaran dalam hubungan.

5. Jangan drama sangat.

Banyak sangat drama pun boleh buat hubungan tak menjadi. Kejap anda merengek rindulah, paksa pasangan untuk jumpa anda atas sebab hal yang remeh. Kalau sekali dua memang okay tapi kalau banyak kali sampai kerja pun terganggu memang tak okaylah cerita dia.

Hubungan jarak jauh ini tak mudah, tapi ia juga tak susah. Namun, kena bijak untuk tanganinya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen