Kena Buang Perasaan Ragu-Ragu, Barulah Yakin Dia Itu Jodoh Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ada setengah orang itu, jodohnya sudah ada depan mata. Tinggal nak disahkan sebagai suami isteri sahaja, namun disebabkan perasaan sendiri, dia sendiri yang mula tak percaya dan ingin putuskan hubungan. Sedangkan, dia sudah semakin dekat dengan jodohnya sendiri.

Jodoh ini, memang tidak ada siapa yang tahu melainkan Allah swt. Siapa sangka hari ini anda sangka dia itu jodoh anda, anda pun sudah bersungguh-sungguh dengan dirinya serta meletakkan harapan yang tinggi kepada hubungan anda, tetapi rupanya dia bukan jodoh anda.


Ada juga yang nak melalui langkah pertama iaitu dengan pertunangan. Selalunya bila sebut bertunang, tentu sahaja sudah menganggap bahawa dia itu jodohnya tetapi dalam bertunang itu boleh jadi macam-macam. Boleh jumpa yang lebih baik, boleh berubah hati ataupun boleh juga dia pergi tinggalkan anda. Itu pun belum menjaminkan jodoh bukan.

Jodoh ini memang sukar nak duga malah sukar juga nak dibaca.



Setiap orang ada cara yang berlainan dalam bertemu dengan jodoh mereka. Ada yang berjumpa di media sosial, ada yang bercinta dari sekolah, bahkan ada juga yang telah terpisah kini menjadi suami isteri. Jodoh ini memang luar biasa.

Akan tetapi, apa yang perlu anda lakukan bila berjumpa seseorang yang anda rasa dia itu jodoh anda, jangan takut dengan perasaan sendiri, jangan bimbang dengan kata-kata orang malah jangan begitu takut akan rumahtangga yang tidak bahagia.



Jika anda terlalu memikirkan hal-hal seperti ini, mungkin anda sendiri akan membuat jodoh anda menjauh atau anda akan kehilangan jodoh anda sendiri. Bila berdepan dengan perkara seperti ini, jangan takut tetapi cuba untuk menjadi lebih berani dengan berdepan dengannya. Jika anda ikutkan perasaan dan ketakutan anda.



Bila jumpa seseorang yang anda rasa dia itu jodoh anda, maka anda perlu lebih yakin dan jelas akan perkara tersebut. Jangan nak ada perasaan ragu-ragu, bimbang atau takut. Percaya kepada Allah, jika ini adalah jodoh anda maka teruskan jangan nak berbolak balik dengan apa yang anda rasakan itu.

Kadang kala apa yang anda rasakan itu adalah bisikan syaitan yang tidak mahu melihat umat Nabi Muhammad saw mendirikan rumahtangga. Jadi bila anda rasa dia itu orangnya, maka kena yakin dan percaya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen