Kahwin Awal Atau Lambat, Yang Mana Bagus Buat Seseorang?

Oleh: Zuzu Yasmine

Jodoh adalah satu yang tidak terduga, di mana ada yang terima jodoh awal bahkan ada juga yang lewat. Jodoh ini adalah sesuatu yang tidak boleh diduga, dimana anda tak tahu bila jodoh akan tiba, bila waktu anda akan berkahwin malah dengan siapa anda akan berkahwin. Ini semua adalah kerja Allah yang merancang, dimana Dia tahu yang terbaik buat hambaNya.


Ada sesetengah orang menganggap bahawa perkahwinan yang baik adalah disaat usia yang muda, manakala yang datang pada usia yang sudah meningkat ini bagaimana pula? Sedangkan sesiapa pun tidak tahu sampai bila dan bila bermulanya jodoh seseorang itu. Maka dengan itu tiada istilah waktu yang terbaik.

Berkahwin awal atau lambat tentu sahaja ada kebaikan yang tersediri. Tak semestinya yang kahwin lambat ini tak boleh bahagia, begitu juga dengan kahwin awal tak semestinya akan bahagia sentiasa. Semuanya adalah kerja Allah yang akan menentukan segalanya.



Dalam jodoh ini tidak boleh terlalu terburu-buru, kerana apabila anda terlalu terburu kemungkinan anda akan tersalah pilih pasangan, namun begitu anda juga tidak boleh terlalu tenang dalam menanti jodoh, ini kerana apabila terlalu tenang, kemungkinan jodoh anda akan lari dengan tenang meninggalkan anda.

Akan tetapi, dalam mencari jodoh ini anda kena berusaha. Bukan hanya berusaha mencari sahaja akan tetapi berusaha dalam perbaiki diri anda. Dimana, jodoh itu adalah cerminan buat diri anda. Jika anda mahukan jodoh yang baik dan soleh maka anda perlu menjadi yang baik dah solehah. Barulah kalian saling menjumpai apa yang kalian mahukan.



Bagaimana jika anda bertemu dengan jodoh yang menguji diri anda, dan juga perkahwinan? Jodoh ini ujian, dimana jika anda bersama dengan yang baik ujian dengan sebaliknya pun adalah ujian buat diri anda. Maka dengan itu, anda perlu bijak dan sabar untuk berdepan dengan perkara itu. Jangan bertindak terburu-buru.

Dalam jodoh ini tiada yang lambat atau cepat, apa yang ada ialah ia datang pada waktu yang tepat. Pada waktu itu, mungkin ada sudah bersedia untuk menjadi suami atau isteri yang bertanggungjawab, malah anda juga sudah mengenali erti perkahwinan yang sebenar.



Jadi jangan takut kalau jodoh itu datang awal atau lambat, yang penting adalah niat anda untuk perkahwinan itu. Jangan merasakan jodoh ini adalah tujuan untuk anda hidup, sedangkan banyak lagi perkara yang boleh anda jadikan tujuan dalam hidup.

Jangan fikir yang bila dah kahwin maka dah tercapai life goal anda. Kahwin tu memang sunnah, tapi life goal utama adalah Allah. Semua kerana Allah dan hanya untuk Allah. Dalam rukun Islam tak ada pun cakap pasal kahwin, jadi jangan cepat melatah bila ditanya mengenai kahwin awal atau lambat ini. Jadi buat yang wajib, cantikkan amalan, dan selalu tanam dalam diri, kalau tak dapat jodoh di dunia, InsyaAllah Dia simpan untuk kita di sana nanti.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen