Layak Ke Semua Orang Yang Melakukan Salah Mendapat Peluang Kedua Dalam Hubungan Yang Telah Hancur?

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam hubungan ini akan ada pasang surutnya, malah ada juga yang berpisah tetapi kembali bersama semula, tak hanya itu sahaja ada juga yang sudah berpisah tetapi mengharapkan peluang kedua. Macam-macam dalam hubungan ini.


Peluang kedua ini adalah salah satu perkara yang jarang berlaku. Biasanya bila dah berpisah atau tiada sefahaman yang baik memang tak akan ada dah peluang kedua ini. Namun bergitu akan ada sahaja yang meminta peluang kedua ini.

Biasanya peluang kedua ini akan diminta apabila seseorang itu masih ada perasaan sayang dan tanpa sengaja melakukan kesalahan yang tak dijangka. Tetapi kalau berlaku curang, menipu atau apa-apa pun itu layak ke nak minta peluang kedua?

Semuanya bergantung kepada seseorang sebenarnya, sama ada dia nak beri peluang kedua ataupun tidak. Apabila seseorang ingin berikan peluang kedua, dia perlu yakin bahawa dia ini sudah bersedia untuk memaafkan malah bersedia juga untuk melupakan.



Buat mereka yang nak beri peluang kedua, anda perlu pastikan bahawa;

1. Anda tak mengungkit segala kesilapan dan perbuatan lalu pasangan.
2. Kena fikir kenapa pasangan anda itu layak untuk diberi peluang.
3. Kena fikir juga mengapa dia tak layak diberi peluang.

Jangan hanya fikirkan sikap dan perasaan anda sahaja, ini kerana semua keputusan yang anda buat itu akan memberi kesan pada masa depan. Buatnya anda rasa tak layak, tiba-tiba anda yang menyesal. Buatnya anda rasa layak, rupa-rupanya dia hanya ambil kesempatan sahaja.



Bahkan yang menerima peluang kedua ini perlu betul-betul hargai peluang tersebut, jangan nak buat main atau ambil kesempatan pula. Ini kerana, tidak semua orang beruntung nak dapat peluang macam anda dapat ini. Boleh jadi setiap peluang yang ada itu hanya sekali seumur hidup anda sahaja.

Anda kena fikir kena anda rasa layak anda mendapat peluang kedua;

1. Sebab anda memang tak sengaja lakukan kesalahan tersebut?
2. Sebab ada masih sayang pasangan dan hubungan?
3. Sebab anda percaya anda mampu berubah?
4. Sebab anda percaya selepas ini anda akan menjaga hubungan dengan baik?

Kedua-dua pihak kena berfikir secara mendalam sebelum nak beri atau nak meminta peluang kedua. Ini kerana, setiap peluang yang akan diberikan itu akan memberikan kesan malah jika terluka dan tidak dijaga baik, mungkin kesannya lebih mendalam dan kecewa yang sangat teruk.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen