Gemuruh Untuk Bertemu Seseorang Buat Pertama Kali, Ikuti 9 Tip Pertemuan Yang Efektif (Boleh Digunapakai Untuk Apa Jua Pertemuan).

Oleh: Rafi

Perjumpaan pada pertama kali mungkin akan membuatkan anda berasa gemuruh atau gementar untuk bertemu dengan seseorang atau sekumpulan klien. Ianya akan memberi rasa kurang senang, kerana risau akan pandangan mereka terhadap anda. Bagi memastikan mereka yang anda temui pada kali pertama memberikan tanggapan yang baik buat anda, sudah pasti anda memerlukan kajian atau sedikit pencarian mengenai latar belakang orang yang anda perlu jumpa, supaya anda dapat mengurangkan rasa kekok apabila berhadapan dengan mereka. Dalam membantu anda menangani permasalahan ini, admin ingin kongsikan beberapa tip yang anda boleh ikuti, dalam menghadapi pertemuan pertama, tidak kira dalam alam pekerjaan atau peribadi. Jom  tengok apa yang kami kongsikan. Individu yang anda akan temui sepanjang hidup anda boleh menjadi seseorang yang akan membuka peluang baru dalam kehidupan anda, tidak kira dari segi persahabatan, perniagaan, cinta atau sebagainya. Anda tidak pernah tahu orang yang akan anda temui, memainkan peranan penting dalam kehidupan anda. Kami telah mengumpulkan beberapa langkah-langkah dan peraturan yang anda perlu tahu, untuk membuat kenalan baru dan rakan perniagaan.



1. Membuat sedikit carian sebelum pertemuan.

Kebanyakan perjumpaan pada kali pertama, sama ada formal atau tidak formal, bukanlah secara tidak sengaja. Anda seharusnya membuat usaha sebelum bertemu, supaya anda lebih mengetahui akan seseorang itu yang bakal anda berurusan. Ketahui terlebih dahulu akan pengalaman profesional, latar belakang atau, minat individu terbabit. Ini akan memberi kesan positif terhadap anda, dan pertemuan akan menjadi lebih produktif. Orang yang berjaya tidak pernah mengabaikan peraturan yang mudah ini.

2. Sediakan ilmu mengenai perjumpaan.

Sama ada ianya adalah temujanji yang pertama, perbincangan awal dengan pembekal, atau temuduga kerja, sentiasalah bersedia. Fikirkan soalan-soalan yang akan anda bertanya semasa temuduga, atau soalan yang berpotensi untuk ditanya, sediakanlah jawapan dengan sebaiknya. Dan jangan lupa, anda hanya mampu untuk melihat dari segi perbualan sahaja, dan mempunyai pandangan yang terhad terhadap niat dan matlamat orang lain. Jadi, pastikan anda mempertimbangkan dalam kepelbagaian corak pertemuan yang dihadiri, dan menjadi lebih fleksibel.



3. Tiada yang berasa selesa dengan pertemuan pertama.

Tidak kira ianya janji temu pertama, atau mesyuarat perniagaan, sangat sedikit orang yang berasa selesa untuk bercakap dengan orang tidak dikenali. Kita semua akan mempunyai kerisauan mengenai pandangan pertama, dan risau akan terlepas sesuatu yang penting. Cuma, ingatlah, hanya kerana orang lain berasa yakin, itu tidak membuktikan mereka rilek dan tidak risau. Anda hanya perlu sedar dan yakin, bahawa orang lain juga berasa gelisah seperti anda juga. Ini akan membantu anda lupakan masalah anda sendiri,

4. Senyuman merupakan 'senjata' terbaik.

Senyum apabila berjumpa dengan orang baharu, mungkin merupakan cara yang sudah lama, tetapi tidak semua senyuman membawa maksud yang sama. Senyuman yang lebar dan tidak ikhlas, akan memberikan kesan negatif terhadap interaksi anda dengan orang lain, dan ianya membuatkan orang lain berfikir anda ingin menjual sesuatu yang tidak berguna. Biarlah senyuman anda adalah yang asli, dihadiri melalui kejutan, dalam mempelajari sesuatu yang baru, atau permulaan hubungan pada masa hadapan.

5. Melihat ke dalam mata.

Memandang secara terus pada mata seseorang membuktikan anda adalah ikhlas, bersifat terbuka dan seorang yang berani. Seseorang yang selalu menundukkan pandangan akan menimbulkan rasa syak wasangka. Lihatlah ke dalam mata teman bicara anda. Namun, elakkan untuk ianya menjadi seperti pertandingan atau ujian penguasaan. Perlu ingat: Terdapat perbezaan penerimaan orang, mengikut budaya masing-masing. Pandangan mata yang dilihat biasa, mungkin sesuatu yang tidak sopan di sesetengah tempat. Jadi, buatlah sedikit kajian terlebih dahulu akan latar belakang budaya orang yang anda akan temui. Jika anda tidak punya banyak masa, anda boleh melihat sendiri teman bicara anda, seperti gerak isyarat, tubuh badan, dan intonasi, tiru cara tersebut, sepanjang perbualan. Ini akan membantu anda bertindak dengan lebih baik.



6. Salam perkenalan.

Norma dan adat istiadat dalam memberi salam perkenalan adalah berbeza mengikut negara masing-masing. Jika anda merancang untuk membuat pertemuan, etika memberi salam perkenalan adalah apa yang anda perlu pelajari. Sesuatu yang dilihat biasa dilakukan di rumah, tidak semestinya baik di tempat lain. Sudah pasti, orang asing sedar akan perbezaaan budaya ini, namun jika anda membuat dengan cara yang betul, kemungkinan untuk anda mendapat rundingan yang berjaya amat tinggi. Bersopan santun dan beri perhatian, ianya akan sentiasa diingati oleh orang lain.

7. Beri perhatian akan persekitaran orang lain.

Jika anda berjumpa orang lain di pejabat, rumah mereka, atau tempat yang biasa dilawat oleh mereka, perhatikan sekeliling anda. Anda akan menemui klu atau kata kunci mengenai identiti orang yang anda berinteraksi. Beri perhatian terhadap apa jua yang berada di sekeliling anda, buku, hasil seni, perabot, hiasan kecil, atau mungkin gambar. Ini akan membantu anda untuk membina hubungan yang baik dengan orang lain.

8. Ambil berat akan minat orang lain.

Beri tumpuan kepada, keperluan, minat dan keselesaan orang lain. Gunakan bahasa yang mudah difahami apabila berinteraksi dengan mereka, dan tawarkan kepada mereka, apa yang mereka inginkan. Terangkan apa yang baik jika bekerja dengan anda dengan cara yang tidak terlalu memaksa. Tetapi, ini tidak bermakna anda harus lupakan apa yang anda inginkan, cuma, perlu bertolak ansur, supaya kedua-dua pihak mendapat apa yang mereka perlukan. Cuba untuk memahami motivasi orang lain.



9. Jangan menganggap anda dialu-alukan.

Adalah penting untuk menamatkan mesyuarat tepat pada masanya. Walaupun masih terdapat isu-isu yang tidak dapat diselesaikan, tetapi ia perkara biasa buat pertama kali pertemuan. Ada kemungkinan besar, pertemuan kali kedua akan dilakukan, bagi membincangkan isu yang lebih penting secara mendalam. Pertemuan yang pertama, adalah lebih kepada sesi pengenalan buat kedua-dua belah pihak, dalam mengenali lebih baik. Cuba untuk membincangkan kesemua aspek semasa pertemuan pertama, bukanlah idea yang baik. Biarlah sesi tawar-menawar berlaku secara semula jadi, dan bertahan lama.

Dengan adanya perkongsian ini, admin yakin anda dapat mengurangkan kebimbangan dan kerisauan dalam memberi ucapan, atau pertemuan buat kali pertama dengan mana-mana pihak. Pastikan anda buat kajian dengan mendalam, dan yakin akan kebolehan diri anda. Jom kita bersua dengan lebih semula jadi, dan yakin.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen