Bila Lelaki Bersedia Untuk Berkahwin, Ini Antara Wanita Yang Mendapat Tempat Di Hatinya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila cakap pasal wanita pilihan lelaki ini, tentu dalam fikiran anda sudah membayangkan beberapa ciri bukan. Setiap ciri-ciri itu sudah tentu membuat anda yakin bahawa lelaki akan lebih wanita seperti itu berbanding wanita lain.


Mungkin ada yang menganggap bahawa lelaki lebih memilih wanita yang cantik?

Ada juga yang menyatakan berkerjaya,

Malah ada juga yang akan menyatakan berkerja dalam sektor kerajaan.

Itu semua bergantung kepada anda berfikir sebenarnya. Akan tetapi kalau seorang lelaki itu serius dalam sebuah perkahwinan malah dia berkahwin dengan niat yang betul tanpa ada udang di sebalik batu tentu sahaja dia akan mencari beberapa ciri utama dalam diri pasangannya.

1. Beragama.

Kalau bukan dari orang yang alim-alim sekalipun, tentu si dia tahu serba sedikit mengenai ilmu agama. Di mana, ilmu agama inilah membentuk rumahtangga menjadi lebih harmoni serta isteri mudah untuk terima teguran dan bimbangan.



2. Pandai menjaga maruah diri.

Kalau sebelum kahwin dah pandai jaga nam baik ibu bapa dan dirinya, tentu selepas kahwin nanti tak menjadi masalah untuk dia menjaga nama baik suaminya pula. Bukan ke itu satu perkara yang penting sebenarnya.

3. Sopan santun dan tahu menghormati orang lain.

Bila sudah berkahwin, tentu keluarga akan menjadi besar. Si isteri yang sopan santun dan tahu menghormati orang lain tentu sahaja mudah mendapat tempat di hati keluarga pasangan. Mana tidaknya sikapnya itu menyenangkan sesiapa yang mendekatinya.



4. Penyayang.

Sayang akan haiwan, sayang akan kanak-kanak juga mendapat tempat di hati lelaki. Mana tidaknya, isteri ini akan menjadi ibu kepada anak-anaknya jadi sikap penyayang itu penting agar anak-anaknya dapat membesar dengan penuh rasa kasih sayang ibunya.

5. Tabah.

Hidup dalam alam rumahtangga ini tidak seindah cerita dongeng. Maka dengan itu, isteri-isteri kena miliki hati yang cekal dan tabah untuk berdepan dengan ujian. Barulah dalam setiap perkara yang dilalui itu mampu dilalui dengan tenang dan tidak cepat melenting.

Ini sebenarnya yang dimahukan oleh lelaki terhadap wanita pilihannya. Akan tetapi, jodoh yang baik atau sebaliknya itu adalah ujian daripada Allah. Maka sebagai suami perlu membimbing dan bersabar dengan kerenahnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen