Risau Si Dia Berubah Selepas Sambung Belajar? Jika Tiada Angin, Pokok Tak Akan Goyang.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang pastinya mahukan kejayaan dan sambung belajar di tahap yang lebih tinggi merupakan impian ibu bapa dan diri sendiri. Pada masa yang sama, bagaimana jika pasangan tidak dapat sambung belajar seperti kita? Apakah pengakhiran hubungan nanti?

Itulah perkara yang selalu berteka teki dalm fikiran lelaki mahupun wanita. Ada pasangan, lelaki yang dapat sambung belajar, dan teman wanitanya kurang bernasib baik sepertinya. Ada pasangan, wanita yang dapat sambung belajar. Ada juga kedua-duanya dapat sambung belajar tetapi di tempat yang berbeza. Bagaimana untuk pastikan hubungan akan kekal dengan baik seperti dulu jika masing-masing jauh terpisah?


Jawapannya senang sahaja, jika kedua-dua hati saling mencintai dan saling mementingkan kejujuran dalam hubungan, pasti apa yang anda risaukan itu tidak akan berlaku. Biarpun jauh beribu batu, hati masih bertaut erat sebagaimana kalian pernah berjanji tidak akan melupakan satu sama lain sebelum berpisah jauh bukan? Jadi, usahlah risau sehingga overthinking yang menyebabkan pergaduhan kerana terlalu cemburu memikirkan si dia nun jauh di sana. Ini akan lebih memudaratkan hubungan.



Namun, jika sebelum kalian berpisah untuk melanjutkan pelajaran pun hubungan sudah tidak berapa elok, maka pastinya sewaktu masing-masing telah jauh, salah satu pihak akan lebih cepat berasa tenang kerana tidak perlu memikirkan hubungan yang bakal retak itu lagi. Apabila cinta sudah semakin pudar, mungkin dek kerana sikap atau konflik sebelum ini, pastinya dengan membawa haluan sendiri adalah lebih baik di samping ingin mengubati hati yang telah remuk.



Jika pasangan anda bertemu orang lain di tempat dia belajar, usahlah menagih simpati untuk harapkan si dia kembali. Mungkin si dia punyai alasan tersendiri dan mungkin itu adalah jalan terbaik untuk dirinya. Kenangilah semula apa yang telah berlaku antara kalian sebelum ini. Mungkin sampai di situ sahaja pengakhiran hubungan kalian kerana jika benar cinta itu utuh, si dia tidak akan memandang siapapun meski orang itu jauh lebih baik daripada anda.

Oleh itu, jika benar sayang, hargailah cinta dan hubungan itu sebaik mungkin. Perbaiki apa yang patut sebelum si dia melangkah jauh kerana jika dia melangkah dengan hati yang kurang bahagia, perkara yang anda takuti itu bila-bila masa sahaja boleh berlaku.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen