Lelaki Mudah Jatuh Cinta Tapi Lebih Pentingkan Ego.

Oleh: Zuzu Yasmine

Antara lelaki dan perempuan, siapa lagi cepat jatuh cinta? Orang lelaki sebenarnya. Mana tidaknya dengan senyuman dari seorang wanita yang cantik, hati orang lelaki dah cair macam aiskirim kena panas. Itu belum lagi kena tegur dengan wanita, terus je hati berbunga-bunga.


Namun begitu, bukan senang mereka ini nak mengaku yang mereka ini telah jatuh cinta dengan anda. Mana tidaknya, mereka ini kan terkenal dengan sikap ego mereka. Haaa... pening tak kepala.

Mudah jatuh cinta, tapi ego nak luahkan.

Bila orang lelaki ini jatuh cinta dengan seseorang wanita, dia mungkin akan melihat selalu, bergurau senda dengannya malah kuat menyakatnya. Kalau dari sini boleh nampak dah bahawa dia ini mempunyai perasaan terhadap wanita tersebut.

Malah yang paling jelas adalah bagaimana wajahnya menunjukkan senyuman kepada orang perempuan itu, memang mudah sangat nak dibaca. Akan tetapi bukan semua wanita yang boleh buat orang lelaki jatuh cinta. Sudah tentulah dia ini hanya boleh jatuh cinta dengan wanita yang begitu ciri-cirinya sahaja. Bukan semua orang yang senyum padanya boleh buat dia jatuh cinta okay.



Walaupun begitu, satu je masalah lelaki ini. Dia jatuh cinta macam mana sekalipun dengan seseorang itu tersangat sukar untuknya luahkan perasaannya. Mana tidaknya, dia paling takut kalau egonya tercalar hanya gara-gara bertindak mengikut perasaan. Berfikir panjang juga lelaki ini bukan.

Ada banyak sebab mengapa dia tak mahu luah akan isi hatinya. Akan tetapi yang paling jelas adalah dia takut kalau-kalau dia kena reject. Tak cukup dengan itu, mana tahu kawan-kawan dia kata orang yang dia sukai itu tak cantik, kan dah main ego di situ. Itu yang orang lelaki pilih simpam dari luah.



Lelaki dan ego

Orang lelaki ini selalunya tak nak tunjuk yang mereka ini lemah di hadapan orang yang mereka sukai. Sebab itu kalau dalam hubungan, orang lelaki ini suka tunjukkan kuasa dan jadi pelindung. Akan tetapi sebenarnya dia sangat berharap bahawa wanita yang disukainya itu menyukai dan memulakan langkah dahulu.

Jika melihat lelaki cepat jatuh cinta pada pandangan pertama, lelaki selalunya tidak akan berbuat apa-apa. Sebaliknya mereka akan buat-buat tak tahu, namun jauh di sudut hati mereka ingin sekali menyapa wanita yang disukainya itu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen