Menangislah Sepuas Hati Anda, Esok Lusa Pasti Akan Kurus.

Oleh: Zuzu Yasmine

Menangis itu adalah satu tindakan biasa yang dialami oleh mereka yang kesakitan, tekanan, kesedihan ataupun kegembiraan. Bagaimanapun, menurut sebuah kajian terbaru, menangis dengan penuh emosi boleh membantu menurunkan berat badan.

Selalunya kalau orang yang menangis beria-ria ini tentu sahaja mereka yang putus cinta. Mana tidaknya, bila dah menangis rasa tak lalu nak makan bahkan ada juga yang mampu nangis sepanjang malam.


Kalau dengan menangis ini boleh kurus, maka...

Menangislah!

Satu kajian mendapati bahawa jenis air mata tertentu boleh membantu mengurangkan berat badan. Menurut Dr Aaron Neufeld dari Los Altos Optometric Group, terdapat tiga jenis air mata yang dikenali sebagai Basal, Reflex, dan Psychic.

Air mata Basal menjaga mata kita dengan melembap, air mata Reflex adalah akibat iritasi, manakala air mata Psychic berlaku daripada tekanan perasaan dan emosi. Air mata Psychic yang kita menangis dari emosi membantu menggalakkan penurunan berat badan kerana ia mengurangkan tahap kortisol, hormon stres yang dikaitkan dengan lemak perut.



Ini diperkuatkan lagi dengan kajian dari ahli kimia William Frey yang melaporkan bahawa menangis dapat membantu menghilangkan bahan-bahan toksik dalam tubuh yang membangkitkan tekanan. Oleh itu perbuatan menangis juga boleh menjadi tindakan pembersihan.

Ia juga dinasihatkan supaya seseorang menangis dari pukul 7 petang hingga 10 malam, kerana ini adalah masa puncak untuk mengoptimumkan kesan pembebasan kortison (kortison ialah contoh hormon dalam kumpulan steroid. Steroid ini dibebaskan oleh korteks di kalenjar adrenal).

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen