Lelaki Kelihatan Lebih Kacak Apabila Lakukan Ini, Tak Nak Cuba Ke?

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila dah kacak pakai apa pun nampak sesuai sahaja, berlainan dengan orang tak ada rupa ini, pakai apa pun nampak tak kemas sahaja. Sebenarnya salah tanggapan anda itu. Sesiapa pun mampu kelihatan kacak dan bergaya kalau bijak kenakan apa yang sesuai dengan dirinya.


Malah anda akan kelihatan lebih bergaya apabila sentiasa mengenakan sesuatu yang up-to-date, akan tetapi lebih penting bijak nak gayakan pakaian sebenarnya.

Sebenarnya, mudah sahaja untuk orang lelaki menjadi kacak ini, kalau anda ada masalah dengan rupa. Cuba cari gaya yang sesuai dengan rambut anda, tentu sahaja anda akan kelihatan lebih kemas kalau kena dengan gayanya. Tetapi kalau anda tak tahu nak bergaya yang macam mana yang disukai wanita, ini boleh anda ikut sebagai idea tambahan anda.



Wanita selalunya suka akan lelaki yang...

1. Pakai baju yang dibutang penuh atau hanya buka butang dibahagian paling atas serta gulungkan baju di lengan anda hingga ke siku. Ini akan membuatkan kelihatan lebih kasual tetapi masih kemas.

2. Bibir yang lembap dan pink-pink sedikit ini memang buat anda kelihatan lebih menarik sebenarnya. Jadi jangan merokok serta calitkan sedikit pelembab pada bibir anda.

3. Anda akan lebih bergaya apabila mengenakan jam tangan yang sesuai. Tak perlu yang mahal-mahal cukup sekadar miliki reka bentuk yang elegan dan ringkas.

4. Sweater akan membuat seorang lelaki kelihatan lebih hangat dan berkelas. Malah jika sweater ini dipakai bersama baju biasa akan tonjolkan kesan formal.

5. Aura maskulin akan segera terserlah jika anda mengenakan kemaja hitam. Nak nampak macho, pilih baju berwarna hitam.

6. Jaket hoodie atau sweater memang gaya yang tak lapuk dek zaman. Pilih hoodie yang agak berat dan tebal sedikit, baru ia kelihatan bergaya.

7. Pemilihan seluar panjang yang sesuai dan perlu digunakan dengan gaya yang sesuai. Pilih seluar yang tidak terlalu ketat dan longgar, apa yang paling penting jangan pakai dibahagian punggung anda, ia perlu dipakai di pinggang okay.

8. Minyak wangi sebagai aroma penarik buat seorang lelaki. Bauan lelaki ini memang akan menarik mana-mana wanita kerana bauan ini begitu selesa dihidu oleh wanita.

9. Sekali sekala jangan lupa pakai cermin mata. Pemakai cermin mata ini akan membuatkan anda kelihatan lebih pintar, dan bijak.

10. Kuku yang bersih juga sebenarnya daya tarikan orang lelaki. Tak perlu buat rawatan cukup sekadar anda potong kuku serta tak ada hitam-hitam di celah kuku.

Yakin dan percaya bahawa anda pun mampu kelihatan kacak juga!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen