7 Pesanan Buat Bakal Pengantin Perempuan, Bagaimana Nak Jadi Seorang Isteri Yang Baik.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila sudah bersetuju nak berkahwin, malah dah buat perancangan nak berkahwin ataupun sudah makin hampir dengan tarikh perkahwinan, maka persiapan nak jadi seorang suami mahupun nak jadi seorang isteri telah dilakukan.

Bukan persiapan yang bagaimana, akan tetapi kesediaan untuk anda menerima tanggungjawab dalam sebuah perkahwinan ini. Bukan apa, selepas kahwin nanti akan lebih bersedia dan tahu apa yang perlu dilakukan ataupun tidak.

Meh kita baca sedikit persiapan sebelum berkahwin ini.


“Cik Yan, boleh bagi tip macam mana nak jadi isteri yang baik?”

Tersenyum saya baca mesejnya. Dalam meniti usia 20 tahun perkahwinan, bukan sedikit yang saya perlu perbaiki dan pelajari perihal ilmu rumah tangga. Ini tentang amanah yang wajib digalas dengan penuh tanggung jawab.

Jika berlaku kepincangan, pastinya akan dipersoalkan di hadapan Tuhan yang Maha Berkuasa. Dengan kata lain, saya pun sedang struggling untuk jadi isteri solehah. Saya lihat kad jemputan perkahwinannya, 7 Julai 2019. Dah semakin hampir tarikhnya.

“Nervous ni Cik Yan. Takut pun ada. Macam-macam perasaan. I don’t know him much. Dia pilihan keluarga.”

Laju saya balas mesejnya;

“Wah, anak solehah ni!”

Sejuk hati saya apabila mendengar hal ini. Dalam zaman internet 5G ini, ‘arranged marriage‘ mungkin dianggap kolot atau berunsur paksaan.

Namun, ramai yang barangkali lupa, mencari jodoh yang baik merupakan salah satu tanggungjawab ibu bapa kepada anak-anaknya, lebih-lebih lagi untuk anak perempuan.

Ada nilai yang amat tinggi di situ. Ibu bapa bukan sekadar setuju tapi restu. Masya-Allah. Oleh kerana Lah atau nama penuhnya, Nabilah sekarang sedang melanjutkan pengajian di peringkat Masters di overseas, selepas bernikah, suami akan menemaninya sehingga tamat pengajian.

Lebih kurang macam kes saya dan suami. Kami bernikah pada bulan Mei 1999. Tanggal Jun 1999 kami terus ke Oxford, UK. Suami menyambung pengajian PhD nya di sana. So, we begin our married life overseas.

Jadi, ini perkongsian daripada Cik Yan yang dikutip hasil pembacaan dan juga pengalaman sepanjang 20 tahun bergelar isteri. Pesanan ini juga untuk bakal-bakal suami. Semoga bahagia hingga ke syurga.



1- Ketahui Hak Sebagai Seorang Isteri

Hak seorang isteri ialah menerima nafkah zahir dan batin daripada suami (zahir: tempat tinggal, makan dan pakaian, batin: kasih sayang, layanan seksual).

Bermakna, pemberian nafkah seorang suami ialah sebagai tanda sayang dan cintanya kepada seorang isteri.
Isteri mahukan sentuhan dan percakapan yang lemah lembut daripada suami. Contohi pergaulan Rasulullah S.A.W dengan isteri Baginda. Solat bersama-sama. Selepas solat, bersalaman.

2- Ketahui Tanggungjawab Sebagai Seorang Isteri

Taat dan hormat suami. Bagaimana? Jaga makan dan pakai suami. Dalam Islam, perkara ini tidak wajib tetapi merupakan ihsan atau act of kindness untuk membina mawaddah atau kasih sayang. Berikan layanan zahir dan batin.



3- Nafkah Letaknya di Bahu Suami

Nafkah ialah wajib bukan pilihan, walaupun isteri mampu, suami kena tunaikan.

الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ
“Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita)”
Surah an-Nisa’ 4:34

Kelebihan ini bukan sahaja menjadi simbol jati diri untuk seorang suami malah suami beroleh rasa hormat daripada isteri dan anak-anak sebagai pemberi nafkah.

4- Jaga Maruah Suami

Maruah ialah satu benda paling besar bagi seorang lelaki. Jangan perlekehkan peranan suami. Elakkan menggembar-gemburkan kelemahan suami, tetapi saling memperbaiki kelemahan diri dan suami.
Memetik kata Ustaz Amin, rumah tangga perlu ada sistem Upgrade dan Audit. Upgrade dengan ilmu. Audit atau muhasabah dengan tegur-menegur.

5- Perancangan Keluarga

Sebelum kami ke UK, ramai juga yang memberi hint supaya saya beranak ramai di sana. Tapi saya dan suami sudah berbincang, keutamaan pada masa itu ialah pengajian suami. Bukan membina keluarga yang ramai.

Oleh itu, selepas melahirkan anak sulung pada tahun 2000, saya merancang kehamilan saya. Hanya pada awal tahun 2003, saya cuba untuk hamil semula. Walaupun dalam bulan Februari, saya keguguran, terpaksa melalui proses D&C. Alhamdulillah, sebulan selepas itu saya disahkan hamil.

Jadinya, semasa kami kembali ke Malaysia pada bulan Oktober, 2003, kami pulang dengan ‘excess baggage‘ yang manis.

Suami berjaya mendapat title ‘Dr’, saya membawa pulang Masters in Science (with Distinction), anak sulung kami, Athirah, 3 tahun dan bayi dalam kandungan berusia 7 bulan. So, be clear with your priorities.



6- Urusan Kerja Rumah Ialah Tugas Ahli Keluarga

Tugas domestik memasak, mengemas, membasuh pinggan, cuci bilik air etc ialah tanggungjawab ahli keluarga. Tugasan ini boleh diagihkan mengikut usia dan keupayaan suami dan anak-anak.

Jangan stereotype kan tugasan itu berdasarkan gender. Dan biarkan si isteri saja yang mengungguli tugas-tugas ini. Bimbang nanti, jika isteri tiada, rumah tangga akan gagal berfungsi. Suami jadi pemalas, anak-anak cetek ilmu perihal urusan kendiri.

7- Elak Bersaing Dengan Ibu Mentua

Benda boleh collaborate kenapa perlu compete! Tidak perlu bersaing dalam hal masakan. Memang terbukti, masakan ibu is the best. Buat apa nak buktikan kita boleh masak sehebat ibu mentua?

Buang masa dan tak berbaloi, bukan? Apa kata kita salurkan tenaga kita dengan mencipta masakan ‘signature’ kita. Suami sayang, ibu mentua pun akan teruja.

Dalam hal lain pun sama juga. Sebagai contoh, ibu mentua saya memang pakar dalam hiasan bunga-bungaan. Di rumah beliau setiap sudut pasti ada bunga hiasan. Besar, kecil, fesyen lama, trend baru, semua dia boleh gubah. Saya pula jenis yang minimalis. Jenis less is more.

Pada awal perkahwinan, saya kurang selesa dan berasa tercabar. Terutama sekali apabila ke kedai bunga. Mak mentua akan berkata;

“Azian, pilihlah. Cantik bunga ni.”

Terkebil-kebil mata saya tidak tahu nak pilih yang mana. Mak saya sudah boleh visualize jambangan yang bagaimana dia mahu buat. Saya pula, bayangan pun tidak nampak! Saya berasa kurang bijak dan diperkecilkan. Boleh sahaja saya bercakap;

“Mak, Yan tak minatlah bunga-bunga ni. Tak sesuai dengan konsep rumah, hanya mengumpul habuk, etc …”

Tetapi saya memilih untuk ikut apa saja bunga yang Mak ambil. Malah saya turut meraikan,

“Mak, warna ni okey ke?”

Mak pun dengan mata yang bersinar-sinar akan mengangguk bersetuju. Kalau dia kata tidak okey, tidak pula saya masam mencuka. She’s the expert.

Setibanya rumah, mak dengan senang hatinya akan gubah bunga yang dipilih oleh saya (sebenarnya dia yang pilih, saya ikutkan saja). Hasilnya, wow, memang cantik! Begitulah...

“Marriage is a long life commitment, to love each other even on those days when you struggle to like each other.”

Selamat Pengantin Baru buat bakal-bakal pengantin. Jadikan isteri dan suami anda setiap hati seperti permaisuri dan raja yang hidup penuh ceria.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen