Kurang Tidur Punca Anda Jadi Pelupa, Patutlah Selalu Lupa Diri Masih Single.

Berdepan dengan kerja yang sibuk, malah ada juga yang buat kerja tambahan hanya nak cari duit kahwin sampaikan tak dapat tidur yang cukup. Bukan itu sahaja, ada yang tidur 4 jam sehari sebab mabuk cinta.

Ramai orang mengabaikan waktu tidur mereka, sama ada memilih untuk tidur waktu siang dan berjaga pada waktu malam, malah ada juga yang berehat pada jangka waktu yang pendek kerana merasakan bahawa tidur ini bukan satu keutamaan.


Tubuh badan anda memerlukan rehat yang cukup selepas seharian sibuk dengan pelbagai aktiviti, walaupun kadang kala anda merasakan anda mampu bertahan ataupun kerja tersebut tidak memenantkan diri anda. Setiap malam, tubuh memerlukan masa untuk merehatkan sel-sel badan, termasuk juga merehatkan otak anda.



Apabila seseorang kekurangan tidur yang cukup, ia akan membuatkan mood lebih buruk pada keesokkan harinya, malah ia juga akan mengakibatkan anda menjadi pelupa.

Satu kajian yang dipetik dalam jurnal Alzheimer's Disease & Associated Disorders mendapati bahawa kekurangan tidur menjadikan otak mengalami amnesia ringan. Tekanan adalah faktor utama yang menjadi punca ke arah ini. Apabila badan kurang tidur maka, tahap tekanan akan meningkat.

Dalam kajian tersebut, stress adalah fakroe risiko yang berpotensi menyebabkan kerosakan kognitif amnestic ringan (aMCI). Hormon tekanan merosakkan sel hippocampal, iaitu pusat menguruskan ingatan di otak dan menyebabkan kehilangan ingatan dan demensia.



Tak banyak orang tahu bahawa tidur adalah aktiviti detoks yang penting untuk otak dan kurang tidur akan memberi kesan negatif untuk mengurangkan penyambungan neuron di hippocampus.

Itu sebab anda tidak boleh langkau masa tidur anda, walaupun apa sebabnya. Takut nanti sebelum anda sempat halalkan pasangan anda, anda sudah melupakan dirinya.

Artikel Lain

Tinggalkan Komen