Hati-Hati 'Awek Gomen' Yang Mendekati Anda Tak Semestinya Miliki Niat Yang Suci.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak akhir-akhir ini, kisah awek gomen begitu hangat diperkatakan. Bukan sahaja dari dada akhbar, malah dari mulut ke mulut sehinggalah ke media sosial. Begitu hebat betul kisah awek gomen ini. Apa yang menarik sangat wanita ini?


Yang hebatnya, awek gomen ini menjadi buruan para jejak hidung belang yang mahu memgambil kesempatan diatas kasih sayang dan kepercayaan awek gomen ini. Di mana, mula-mula dipikat dengan janji manis dan dikahwini selepas itu diambil kesempatan dengan memaksa untuk melakukan loan beratus-ratus ribu.

Tak cukup dengan itu, awek gomen terpaksa menanggung hutang yang banyak, menanggung suami yang bertanggungjawab malah yang lebih sedih lagi terpaksa memendam rasa dengan sikap suami yang curang. Begitu sedih sekali bukan nasib awek gomen ini. Walaupun tak semuanya begitu, akan tetapi majoritinya sebegitu.



Bukan hanya satu dua kisah sahaja, malah ada yang menyatakan bahawa perkara ini telah lama hangat cuma tidak lagi sampai ke dada-dada media sosial. Akan tetapi, kini semuanya telah terbongkar. Jalan mudah si hidung belang menumpang senang awek gomen.

Sebagai seorang wanita, tentu sahaja anda akan begitu mudah terperdaya bukan dengan janji-janji lelaki bukan? Di mana anda pun tak tahu adakah dia itu tulus dan ikhlas mendekati anda ataupun, sekadar ingin mengambil kesempatan sahaja. Tetapi sebagai wanita yang mudah hanyut dengan kasih sayang tentu sahaja perkara ini mudah diambil kira.

Sebab itu sering kali dingatkan bahawa dalam memilih jodoh ini anda perlu berhati-hati. Nak-nak lagi kaum wanita. Anda mudah menjadi mangsa malah mudah juga diperdaya. Jadinya, sebelum nak ambil keputusan untuk berkahwin siasat dahulu siapa pasangan anda, jangan main terima sahaja pasangan yang tak ada masa depan yang cerah.

Selepas berkahwin dengan dirinya, jangan mudah untuk membuat loan. Bahkan jangan mudah percaya segala janji manisnya. Kalau dia tak berkerja, suruh dia berkerja dan jangan menanggu dirinya. Anda wanita, perlu lebih cergas dan celik bab ini. Pastikan cari suami yang tahu apa itu tanggungjawab dan tahu menjadi pelindung keluarga.

Awek gomen, anda mungkin menjadi buruan ramai lelaki, akan tetapi yang tulus mencintai anda itu bukan mereka semua. Dalam ramai-ramai itu, mungkin akan seorang yang betul-betul tulus mencintai anda. Jadi hati-hati dalam memilih pasangan hidup.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen