Orang Perempuan Kena Baca Ini, Pesanan Dari Seorang Lelaki Buat Diri Anda Yang Lemah.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebagai seorang perempuan ini, anda memiliki hati yang lemah. Di mana, anda akan begitu mudah termakan dengan pujuk rayu serta mudah bersimpati dengan orang lain. Tidak kiralah sebelum atau selepas kahwin, anda memang mudah mempercayai seseorang.

Nak-nak lagi kata-kata manis yang dijanjikan oleh seorang lelaki. Lagi mudah buat anda percaya dan yakin akan dirinya. Walaupun niat sebenarnya tidak anda ketahui, akan tetapi mudah anda yakin bahawa dia memiliki niat yang baik.


Buat wanita-wanita yang sudah berkahwin atau belum, ini sedikit pesanan buat anda dari Ustaz Abu Hurairah Asifa. Sentiasa jaga diri walau sesiapa pun yang memujuk rayu anda.



Banyak kali saya pesan kepada orang perempuan.

Terutama perempuan yang dah berkahwin.

1. Lelaki yang selalu ambil berat tentang kita, itu bukan lelaki yang baik. Dia sedang tunggu kita balas whatsapp dia, bagi gambar badan kita pada dia, video call dengan dia dan akhir sekali dia dapat semua dari kita demi memuaskan nafsunya. Maka, jauhkan dan abaikan lelaki begitu.

2. Lelaki yang ajak kita berkahwin lain, itu juga bukan manusia, tetapi syaitan yang akan meratah kita dan memberikan alasan yang kita tak mampu jawab. Bahagiakan lah diri kita dengan suami yang ada walau yang terlihat hanya banyaknya kekurangannya. Janganlah ditipu lagi.



3. Lelaki yang datang kepada kita, kemudian menceritakan keburukan isterinya. Dan, berharap kita dapat menggantikan tempat isterinya. Ini lebih syaitan dan seribu kali jahat dari lelaki biasa. Kalau kalian termakan pujukan dan menyerahkan diri untuk dia, jangan salahkan sesiapa tapi salahkan diri yang terlalu percaya dan lemah padanya.

4. Lelaki yang mengajak kahwin di negara lain, dan tidak dalam pengetahuan isteri pertama. Ya, awalnya indah. Bahagia. Namun selepas anak pertama, masalah baru akan menjelma. Lagi pening bila isteri pertama dah tahu pula. Masa ni, jangan luahkan masalah di KRT sana. Salahkan diri kenapa percaya dan terlalu mudah mendapatkan sijil halal tanpa memikirkan nasib diri kita nanti bagaimana.

Jaga diri.

Jaga hati.

Jaga maruah kalian setiap hari.

Sebab kalian adalah lemah. Apalagi tanpa Allah, kalian akan seribu kali lagi lemah.

Pesan dari lelaki.
Tat Abu

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen