Rasa Gembira Lihat Gambar Seseorang, Tanda Anda Jatuh Cinta Terhadapnya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Anda pernah merasa bahagia apabila melihat gambar seseorang. Malah yang paling mudah dapat dilihat adalah anda tersenyum saat melihat gambarnya itu. Tidak hanya itu sahaja, mood anda juga mampu berubah sejurus anda melihat gambar tersebut.


Anda terasa bahagia dan senang melihat seseorang itu walaupun pada pandangan orang lain dia hanya biasa-biasa sahaja, akan tetapi bagi diri anda, dia miliki kelainan yang tersendiri. Anda juga akan kerap membayangkan dirinya bersama anda.

Terutama jika anda bertemu dengannya sendiri, perasaan kebahagiaan dan rasa malu bercampur, malah secara spontannya anda akan menjadi gembira dengan serta-merta.

Jangan terkejut kalau ini dinamakan jatuh cinta.



Dalam satu kajian yang telah diterbitkan dalam jurnal PLOS ONE dengan tajuk Viewing Pictures of a Romantic Partner Reduces Experimental Pain, mendapati bahawa hanya dengan melihat gambar orang yang anda suka, ia dapat melegakan kesakitan di dalam badan anda.

Melihat gambar yang anda suka mempunyai kesan anti-sakit. Walaupun kesakitan masih berada di dalam badan anda, tetapi apabila anda melihat gambar seseorang yang anda suka, atas sebab tertentu anda tidak merasakan kesakitan.

Sesungguhnya, ini tidak bermakna melihat gambar orang yang anda suka boleh menyembuhkan penyakit, tetapi kesannya dapat melepaskan hormon kebahagiaan apabila menyukai seseorang sebenarnya boleh memberikan keselesaan dan ketenangan di dalam hati.

Cerita lain pula jika anda melihat gambar seorang bekas yang telah mengkhianati anda. Mungkin kesannya sebaliknya, ia akan menyakiti anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen