Kenapa Orang Lelaki Takut Sangat Kena Reject?

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang lelaki ini, paling sukar nak luahkan hati perasaannya. Di mana, kalau dia suka akan seseorang pun dia lebih rela untuk simpan sahaja perasaannya berbanding nak bagitahu akan mengenai hati perasannya. Mana-mana lelaki tentu sahaja akan ada seseorang yang dia sukai, tetapi tak berani nak beritahu.

Orang perempuan biasanya mengharapkan permulaan dari orang lelaki, jadi kalau dia menyukai seseorang pun dia malu nak luahkan hatinya. Tapi kalau dua-dua dah mahu dan takut nak luahkan perasaan macam mana nak terjadi satu hubungan.


Kalau perempuan mungkin malu tapi kalau orang lelaki ini, tak akan malu juga bukan? Sebenarnya, orang lelaki ini lebih kepada takut kena reject. Ini yang mencabar bagi seorang lelaki dalam meluahkan hati dan perasaannya. Kalau dirinya yakin tak kena reject tentu mereka ini berani nak luahkan hati dan perasaan mereka terhadap orang yang mereka sukai.

Bukan itu sahaja, ada sebab mengapa mereka takut kena reject ini.



1. Takut ego mereka tercalar.

Ini yang mereka takutkan sebenarnya. Orang lelaki ini, ada ego yang mereka akan jaga dan kalau boleh tak nak diperkotak katikkan oleh orang lain. Alah, ego orang lelaki ini kan memang tinggi, jadi perkara ini yang membuatkan dirinya tak mahu meluahkan perasaan terlebih dahulu.

2. Takut kena bahan dengan rakan-rakan.

Kalau seorang lelaki kena reject, dan rakan-rakannya mengetahuinya tentu sahaja ia akan menjadi bahan yang tak ada habisnya. Mana tidaknya, rakan-rakan orang lelaki ini suka bergurau, tentu sahaja perkara ini akan membuatkan orang lelaki lebih berhati-hati dalam meluahkan isi hatinya.



3. Takut jika saingan lebih hebat.

Siapa sangka kalau seseorang yang dia minati untuk miliki itu mempunyai peminat yang lain. Di mana, peminatnya itu mempunyai saingan yang hebat di mana, lebih hebat dari dirinya. Itu yang membuatkan dirinya takut nak luahkan hati persaannya. Akan tetapi, kalau saingannya hebat tentu sahaja dia akan direject dan terasa malu.

Akan tetapi kalau anda sedang mencari pasangan jiwa dan sudah menyukai seseorang, maka jangan takut nak luahkan. Cari keberanian dan luahkan perasaan anda. Mana tahu dia juga miliki perasaan yang sama terhadap anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen