Mertua Akan Menguji Anda Dengan Perkara Ini. Hati-Hati, Jangan Cepat Melatah.

Oleh: Zuzu Yasmine

Selalu sangat bukan kita dengar masalah menantu dan mertua ini? Sukar nak dapatkan sefahaman, malah kadang kala sukar nak terima antara satu sama lain. Akan tetapi yang peliknya, depan anak lelaki dan suami boleh pulak mereka ini berbaik-baik.

Masalah sebegini sebenarnya kalau dibiarkan sahaja mungkin akan memberi kesan dalam rumahtangga, ini kerana seorang isteri akan terasa seperti ditindas. Namun begitu, sebagai anak tentu sahaja akan terasa serba salah hingga membuatkan tak tahu apa yang harus dilakukan bukan?


Kadang kala, ibu mertua ini hanya akan menguji sahaja di awal perkahwinan, lama ke lamaan, dia akan okaylah. Mungkin masa awal-awal, dia seperti terasa kehilangan, tentu itu yang membuatkan dirinya kurang menyenangi kehadiran menantu dalam keluarganya.

Namun begitu, sebagai anak menantu jangan cepat melatah atau melenting. Apa yang anda perlu lakukan adalah kena bijak menguruskan ibu mertua anda itu. Jika anda bijak ambil hatinya tentu sahaja tak akan ada masalah sebegini.



Biasanya apa yang membuatkan anda cepat melenting?

1. Ibu mertua memandang rendah.

Kalau bab-bab masakkan dan mengurus rumahtangga biasanya ibu mertua akan pandang rendah terhadap anda sedikit. Mana tidaknya, dia dah tahu apa masakan kegemaran anaknya, tak hanya itu sahaja dia juga sudah berpengalaman dalam menguruskan rumahtangga dan keluarganya. Jadi mungkin dia akan pandang rendah sedikit pada diri anda. Tapi anda jangan cepat melenting, adalah lebih baik sentiasa mengalah dan biarkan ibu mertua anda menang.

2. Ingin menantu sesuai ikut kehendaknya.

Biasanya kalau menantu ikut kemahuan dirinya tentu akan lebih mudah ngam dan sependapat, tapi kalau anaknya pilih anda, jangan cepat melatah. Cuba untuk menjadi menantu seperti yang dirinya mahukan. Alah, kalau tak boleh pun, cuba untuk ambil hatinya. Ini yang paling penting sebenarnya. Kalau tak mampu juga, sabar sahajalah okay!

3. Selalu ikut campur hubungan rumahtangga anda.

Mana-mana ibu mertua tentu sahaja akan cuba masuk campur hubungan anak-anak mereka. Ini kerana, mereka mahukan yang terbaik untuk anda. Biasanya akan ada sedikit teguran yang mungkin menyakitkan hati. Tapi ambil sahaja setiap teguran itu dengan hati yang terbuka. Alah, orang kata dengar telinga kanan keluar telinga kiri sahaja. Apa yang baik ambil, apa yang tidak biarkan sahaja.

Sebagai menantu, anda perlu lebih banyak sabar dan perlu bersedia untuk makan hati. Kalau boleh jangan mudah sangat nak mengadu dengan pasangan. Nanti makin buruk pula ceritanya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen