Antara Perkara Yang Menghalang Seseorang Hadir Dalam Hidup Anda, Patutlah Masih Single Lagi.

Oleh: Zuzu Yasmine

Umur semakin meningkat, kawan-kawan pula ramai yang dah kahwin. Akan tetapi anda masih lagi keseorangan tiada pasangan di sisi. Tak cukup dengan itu sahaja, orang-orang sekeliling sudah mula bertanya, bila nak adakan majlis. Macam mana nak buat majlis, kalau jodoh pun tak ada.

Jodoh ini memang telah ditentukan oleh Allah, akan tetapi kalau tidak ada usaha untuk mencarinya tentu sahaja anda tak akan menjumpainya. Bukan itu sahaja, ada juga yang menghalang jodoh datang menghampiri anda, nak-nak lagi ia berpunca dari diri anda sendiri.


Apa selalunya yang berpunca dari anda?

1. Terlalu mencari pasangan yang sempurna.

Kalau anda mencari yang sempurna, anda tak akan menjumpainya sehingga akhirnya. Tiada manusia yang akan dilahirkan sempurna, begitu juga diri anda. Jadi, adalah lebih baik kalau anda menerima kekurangan seseorang dan menganggap bahawa itulah kelebihan dirinya. Kalau anda masih mengharapkan yang sempurna, sampai bila pun anda tak akan bertemu seseorang yang tepat buat diri anda.



2. Permintaan terlalu tinggi terhadap pasangan.

Nak yang kacak, nak yang cantik. Nak yang kaya, nak yang berpangkat. Kalau macam ini cara anda menilai pasangan dan mencari pasangan, tentu sahaja anda ini seorang yang memilih dan demand tinggi. Ukur baju di badan sendiri, maka dengan itu cari juga pasangan yang sesuai dengan diri anda. Kalau minta lebih-lebih pun belum tentu dirinya mampu bahagiakan diri anda.

3. Belum move on.

Kalau masing kenangkan hubungan yang lalu, bagaimana nak terima seseorang yang baru dalam hati anda. Seseorang yang tidak diperlukan dalam hidup anda perlu dibuang, barulah anda boleh membuat seseorang yang lain masuk ke dalam hati anda. Tak begitu?



4. Malas nak cari.

Jodoh tak akan datang bergolek kalau anda tak mencarinya. Nak harap dia datang mengejar anda? Tentu sahaja tak akan berlaku kerana anda tak akan bergerak untuk menangkapnya bukan? Jadi macam mana nak bertemu dengan jodoh, sebab itu kena ada usaha untuk mencari jodoh ini, jangan nak berharap dan tunggu je. Memang tak jumpalah cerita dia.

Tunggu apa lagi? Mulalah buang 4 perkara ini dalam hati anda. Barulah jodoh datang.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen