5 Perkara Romantik Selepas Kahwin, Patutlah Ramai Tak Sabar Nak Kahwin.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kenapa orang begitu teruja nak berkahwin? Selain nak ada duduk atas pelamin dan menjadi raja sehari tentu sahaja ada sebab-sebab lain bukan? Nak-nak lagi yang single, tentu ada sebab mengapa anda begitu teruja dan ternanti-nanti akan jodoh anda.

Saat yang paling bernilai apabila anda berkahwin dengan seseorang yang anda cintai bukan. Mana tidaknya, anda berjaya memiliki dirinya malah anda juga mampu membuat dirinya sentiasa anda di sisi anda selamanya, itu yang membuatkan sebuah perkahwinan ini begitu seronok dan begitu romantik bukan?


Namun begitu, sebenarnya ada perkara lain membuatkan anda teruja akan perkahwinan ini bukan?

1. Setiap hari dapat tengok muka yang tersayang.

Kalau masa bercinta, nak jumpa seminggu sekali pun susah ada juga yang nak jumpa sebulan sekali pun susah. Akan tetapi selepas berkahwin, kalian akan tinggal bersama orang yang anda cintai. Setiap hari anda boleh melihat wajahnya, malah sebelum dan selepas tidur pun masih mampu nak tatap wajah insan yang tersayang. Ini yang ramai orang mahukan.



2. Selalu ada tempat untuk bercerita.

Masa bercinta dahulu pun sudah saling berkongsi, akan tetapi ia macam tak cukup kerana kadang kala anda sibuk, ataupun tertidur menunggu pasangan anda. Akan tetapi selepas berkahwin, tentu sahaja akan ada masa untuk bercerita. Di mana, ia boleh dilakukan ketika sebelum tidur, sedang makan malah ada juga yang sedang menonton tv bukan. Seronok rupanya berkahwin ini.

3. Semua perkara boleh lakukan sama-sama.

Dah halal bukan, nak buat apa pun tak ada yang halang. Malah nak lakukan apa sahaja bersama-sama pasangan sudah tak ada yang bimbang. Ada orang yang ambil peluang ini untuk cuti bersama-sama, ada juga yang memilih hiking bersama dan macam-macam lagilah. Kalau boleh dah kahwin ini lagi banyak nak cipta memori bersama bukan?



4. Bercakap mengenai masa depan.

Bukan masa bercinta sahaja banyak perkara yang boleh dikongsi, tetapi lepas kahwin lagi banyak perkara yang boleh dikongsi dan bercakap mengenai masa depan. Ini yang membuatkan satu perkahwinan ini semakin teruja dan menyeronokkan sebenarnya.



5. Boleh bermanja setiap masa.

Mana-mana yang dah kahwin tentu merasakan nikmatnya akan perkara ini. Yang bujang lagilah mahu mencuba bukan bersama pasangan yang halal. Nak bermanja tanpa ada halangan malah tanpa perlu takut dosa malah menambah pahala, tentu sahaja ramai yang teringin akannya.

Banyak lagi perkara yang romantik sebenarnya, di mana perkara-perkara ini membuatkan yang bujang tak sabar nak berkahwin bukan. Tapi jangan bimbang, tak lama lagi anda pun menikmati perkara yang sama.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen