Hanya Sebab Dia Nak Get Back Dengan Kau, Kau Sanggup Tinggalkan Aku!

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang yang pernah bercinta pasti tahu bagaimana rasanya apabila putus cinta. Tidak kira putus cinta atas sebab apa, ianya pasti meninggalkan kesan yang dalam dan lama untuk pulih semula. Adakala kita perlukan seseorang untuk lupakan kenangan bersama dia, maknanya seseorang hadir memberi cinta dan sinar baru dalam hidup kita.



Apabila sudah memulakan cinta dengan orang baru selepas putus dengan yang lama, bererti anda seharusnya telah melupakan segalanya tentang kisah cinta lama. Tidak harus ada sekelumit cinta yang tersisa untuk bekas kekasih and ajika anda sudah terima orang baru untuk gantikan dia. Ingatlah bahawa si dia bukan hadir untuk menjadi alat untuk melupakan kisah lama, tetapi si dia hadir untuk sama-sama pandang ke hadapan, membuka buku baru tanpa mengingat kembali kenangan.



Jika dulu anda berpisah dengan bekas kekasih tanpa kerelaan anda, maka usahlah dikenang si dia yang telah memilih untuk meninggalkan anda. Jika benar dia masih sayang, tidak akan terdetik di hatinya untuk meninggalkan anda dan kisah cinta yang terjalin lama. Oleh itu, usah sediakan ruang dan peluang untuknya lagi di hati anda. Lebih-lebih lagi jika anda sudah ada pengganti.



Hargailah si dia yang sekarang ada di depan mata. Andai tiba-tiba bekas kekasih kembali untuk menyambung kembali hubungan yang telah retak akibat perbuatannya, ingatlah bahawa cinta untuknya telah lama mati dan usah beri harapan palsu untuk si dia yang kini bersama anda. Jangan sebab bekas kekasih yang anda cintai dahulu mahukan kalian bersatu semula, anda sanggup tinggalkan si dia yang baru.

Kata orang, cinta sejati itu datang sekali sahaja. Jika masih tidak mampu melupakan cinta lama, usah sesekali buka hati untuk orang lain untuk cuba mengisi kekosongan hati. Sesungguhnya memberi harapan palsu untuk seseorang yang benar-benar tulus adalah tidak patut dan tidak wajar walau dengan alasan apa sekalipun.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen