Nak Dapat Komunikasi Yang Baik Bersama Pasangan, Kena Ada 4 'T' Di Dalamnya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Selalunya pasangan yang ada komunikasi yang baik ini memanglah satu perkara yang baik. Di mana, segala perkara akan menjadi mudah kalau ada komunikasi seperti ini. Setiap perselisihan faham serta pertengkaran akan mudah diselesaikan sekiranya ada komunikasi yang baik.

Nak dapat komunikasi dalam hubungan ini bukan satu perkara yang mudah, akan tetapi nak dapat satu komunikasi yang baik dalam hubungan lagilah sukar dan payah sebenarnya. Kerana apa? Sebabnya dengan komunikasi yang baik ini, anda faham akan situasi pasangan malah pasangan juga akan lebih jelas dalam setiap perbincangan dan penjelasan.



Nak tahu macam mana saat yang terbaik untuk miliki komunikasi yang baik? Tentu sahaja kena 4T macam yang dikongsikan oleh Mohd Fhais ini. Memang akan nampaklah perbezaan komunikasi nanti.

Supaya tak ada yang termakan hati dengan kata-kata kita secara sengaja atau tanpa sengaja.



4 "T" dalam berbicara:

- Timing

Timing main peranan penting. Kalau nampak pasangan tengah penat atau stress jangan di cucuk lagi dengan masalah.

- Tone

Tona suara juga beri kesan pada perbualan. Tinggi sedikit pun tak boleh, rendah sangat pun tak boleh nanti salah dengar pula.

- Teknik

Teknik berbicara, mesti ada eye contact, dengar dengan teliti dan jangan buat benda lain semasa pasangan sedang bercakap.

- Truth

Kebenaran paling penting. Jangan sesekali lari dari kebenaran, jika timing tak kena tunggu masa yang sesuai untuk sampaikan kebenaran.

Selamat mencuba.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen