Bila Jumpa Bakal Keluarga Mertua Ini, Tentu-Tentu Saja Akan Di Soal Siasat Akan 5 Perkara Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apbila pasangan anda sudah yakin bahawa anda adalah jodohnya yang dicari, tentu sahaja dia akan membawa nada untuk berjumpa dengan ibu bapanya. Mana tidaknya, kalau dah sama-sama sayang dan suka, nak buat apa lama-lama dalam hubungan yang tak pasti. Baik segera halalkan terus.

Saat ini adalah masa yang sangat mendebarkan. Masa inilah ibu bapa pasangan anda nak kenal dengan lebih mendalam mengenai anda. Nak tahu apa kelebihan diri anda, malag bagaimana sikap anda. Apa yang lebih jelas lagi, mereka ini tentu nak tahu siapa anda sebenarnya.


Jadi kalau pergi rumah bakal mertua ini, pandai-pandailah bawa diri. Anda bawa nama ibu bapa anda, jadi berikan satu tingkah laku yang baik. Biasanya apa soalan-soalan yang akan ditanyakan.

1. Perkerjaan.

Anda kerja apa, ibu bapa kerja apa. Ini adalah perkara yang paling penting sebenarnya. Mereka nak tahu bahawa anda ini seorang yang berusah atau pun tidak, itu jika anda lelaki. Kalau perempuan ingin tahu adakah anda ini berdikari ataupun tidak. Tapi kalau tanya perkerjaan ibu bapa, biasanya mereka nak tahu keluarga ini bagaimana orangnya.



2. Melihat gaya percakapan anda.

Orang tua ini akan melihat bagaimana anda berkata-kata, adakah penuh dengan hormat serta sopan santun kerana bercakap dengan mereka yang lebih tua. Ataupun anda seorang yang suka meninggi diri dan berbangga dengan apa yang anda miliki. Orang tua tahu sikap sebenar anda walaupun cuba untuk menipu.

3. Cara melayani anaknya.

Ini adalah perkara yang sangat penting. Kalau depan ibu bapa pasangan pun anda berani pegang-pegang buah hati anda yang belum halal itu, mungkin ia akan beri pandangan negatif mengenai diri anda. Mana tidaknya, hubungan anda belum halal lagi bukan. Bukan itu sahaja, kata-kata yang dilemparkan kepada anaknya, itu pun mereka akan perhati.



4. Latar belakang keluarga.

Mana-mana ibu bapa tentu mahukan anak mereka ini berkahwin dengan anak keluarga yang baik-baik. Sebabnya, dari didikan ibu bapa ini lah akan terbentuk anak yang baik serta pasangan yang baik. Maka dengan itu, latar belakang keluarga anda memainkan peranan yang penting juga sebenarnya.

5. Kemahiran anda.

Jika lelaki mungkin tak akan dititik beratkan akan hal ini, akan tetapi kalau perempuan memang akan dilihat dan diteliti. Sama ada, tahu memasak atau tidak, paling tidak pun tahu buat perkara-perkara yang basic. Namun, bergantung juga kepada setiap ibu bapa.

Saat inilah yang paling mendebarkan. Mana tidaknya, anda tak tahu kalau keluarga pasangan anda itu terima anda sepenuhnya atau tidak bahkan akan sambut kedatangan anda dengan baik atau sebaliknya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen