Jangan Mainkan Hati Orang, Takut Esok Lusa Balik Dekat Diri Sendiri.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ada orang itu dia betul-betul serius dalam mencari pasangannya, manakala ada pula yang hanya main-main je dalam mencari pasangan kerana merasakan dia belum bersedia sepenuhnya. Namun begitu, kalau dua ini bertemu sudah tentu akan ada yang terluka nanti.


Buat mereka yang serius dalam mencari pasangan hidup ini tentu sahaja akan lebih meletakkan perngharapan pada seseorang selepas menjumpai seseorang dalam hidupnya. Mungkin bagi dirinya, yang dia jumpai itulah akan menjadi pasangan buatnya, sebab itu dia berharap dengan sangat malah merasakan itu yang terakhir.

Tapi tanpa dia sedar, orang yang dia jumpai itu hanya ingin bermain cinta sahaja dengan dirinya. Nak serius pun memang bukan satu perkara yang ada dalam hati dan fikirannya. Sudahnya jika ditinggalkan apa akan jadi? Tentu sahaja akan kecewa dan mula rasa tak percaya akan orang lain.



Jadi kalau anda merasakan bahawa anda masih belum bersedia untuk membina sebuah hubungan yang serius dengan seseorang, maka jangan mendekati seseorang pun. Kalau nak juga rasa bercinta, rasa sama-sama yang mempunyai tujuan yang sama dengan anda. Jangan lukakan hati mereka yang berharap.

Ini kerana, jika hari ini anda melukakan hati seseorang, boleh jadi nanti akan ada yang melukakan hati anda pula. Walaupun melalui cara yang berlainan akan tetapi anda juga akan merasa tempias dari perbuatan yang pernah anda lakukan dulu. Sekarang mungkin anda seronok dengan lukakan hati orang lain, esok-esok hati anda pula terluka.



Sebab itulah bila belum bersedia nak kahwin atau bertunang, jangan buat orang percaya dan mengharapkan pada anda. Awal-awal lagi bagitahu kepadanya bahawa anda ini masih belum bersedia untuk berdepan dengan semua ini. Katakan pada saat anda berkenalan dengannya bahawa anda ingin menambah kenalan sahaja.



Jangan melukakan hati seseorang yang tak bersalah kalau anda juga tak mahu merasai perkara yang sedemikian. Setiap perbuatan yang dilakukan, akan dibalas di dunia juga.

Kalau dah bersedia nak kahwin, cari jodoh dan kahwinlah. Kalau belum bersedia, maka jangan dikacau hati dan perasaan orang lain.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen