Masa Bercinta Jangan Nak Buat Semua Benda Dengan Pasangan, Nanti Dah Kahwin Tak Ada Manisnya Lagi.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila sudah berkahwin ini akan berbeza dengan dah kahwin. Ada orang bila dah kahwin ini makin sayang makin takut berjuahan, ada pula yang dah kahwin makin tak kisah dah. Agak-agak anda selepas kahwin nanti anda yang mana? Kalau boleh tentulah nak yang berjauhan pun tak sanggup bukan?

Ketika sedang mabuk cinta, memang rasa tak nak berjauhan pun. Kalau boleh hari-hari nak jumpa sebab tak jumpa rasa macam tak lengkap hidup. Itu yang sanggup bergayut berjam-jam semata tak tahan nak menanggung rindu. Tapi itulah orang kata benda haram ini memang seronok.


Kalau masa bercinta, sanggup tunggu depan tangga pejabat semata-mata nak hantar kekasih hati pulang, sanggup juga catu makan sebab nak bawa kekasih hati tonton wayang, tak cukup itu sanggup turutkan apa yang buah hati mahukan.

Itulah orang kata selagi belum dapat selagi itulah segala kebaikan akan ditunjukkan. Segala kata akan diturutkan. Betul tak?



Akan tetapi selepas dah dapat, dah halal lain pula jadinya. Kalau yang dulu tak sanggup nak berjauhan kini dia tak ada terasa lapang. Kalau dulu sanggup bergayut malam-malam berjam-jam, kini nak hantar satu pesanan pun bukan main payah. Itu belum lagi bab kemahuan pasangan, banyak benda selepas kahwin diabaikan.

Kenapa perkara macam ini berlaku?

Ini kerana, semasa belum kahwin dah buat macam-macam sampaikan bila dah kahwin segala kemanisan itu dah hilang, dah habis. Jadi yang tinggal selepas kahwin itu hanyalah rutin-rutin yang biasa sahaja, dah tak ada yang istimewanya.



Kalau sebelum kahwin ini macam-macam nak cuba malah banyak masa yang terluang untuk pasangan, tetapi selepas kahwin dah tak nak cuba dah. Sebabnya dah buat masa belum kahwin lagi. Jadi rasa nak mencuba sesuatu yang baru itu dah tak ada, itu yang baik duduk rumah diam-diam.

Sama juga, kalau sebelum kahwin dah bercuti sana sini, lepas kahwin nanti tak buat dah perkara ini. Sebab dah banyak tempat pergi bersama-sama, tambah pula tanggungan pula semakin banyak. Itu yang lebih pilih nak luangkan masa dekat rumah.



Jadi buat anda yang sedang hangat bercinta ini, lebih elok kalau anda sebenarnya jangan nak terlalu beria-ia dengan cinta anda sekarang. Dah la belum tahu yang dia itu jodoh anda atau bukan, malah kalau anda berkahwin dengannya nanti banyak perkara yang sweet dan romantik tak dapat lakukan sebab dah jemu.

Satu perkahwinan ini akan menjadi seronok apabila, banyak perkara yang belum anda pernah lakukan bersama dan dapat lakukannya setelah halal. Itu yang seronok sebenarnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen