Jodoh Itu Bukan Hanya Pertemuan Tapi Ia Juga Perpisahan...

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila cakap pasal jodoh apa yang terbayang pada fikiran anda?

Pelamin? Pasangan ideal? Rumahtangga bahagia?

Semua itu memang akan bermain difikiran kita yang perlukan pasangan perlukan perkahwinan yang membahagiakan serta merasakan bahawa jodoh itu adalah satu pertemuan bersama seseorang yang telah lama sangat anda tunggu. Penantian yang tiada kesudahannya.


Apabila kita bercakap pasal jodoh ini, ia bukan sekadar pertemuan yang membahagiakn sahaja, akan tetapi ia juga adalah perpisahan yang mungkin akan anda tangisi. Itu yang akan membuatkan anda seharusnya sedar bahawa jodoh ini boleh membawa dua perkara dalam hidup anda.



Di mana, yang pertama tentulah jodoh ini lebih kepada pertemuan, percintaan, kasih sayang serta pelbagai lagi. Ini yang semua orang mahukan. Bahkan buat yang single inilah yang dinanti-nantikan. Tak kisah berapa lama sekalipun kalau ada pertemuan dan kasih sayang ini tentu sahaja ia cukup membahagiakan.

Walaupun dalam pertemuan itu ada macam-macam dugaan dan ujian akan tetapi jika masih ada kasih sayang tentu sahaja mampu diharungi dengan baik. Bukan itu sahaja, apa-apa yang terjadi pada ketika itu ramai yang menganggap bahawa inilah cara nak kenal pasangan dengan lebih dekat, inilah sebabnya anda bertemu dengan dirinya dan macam-macam lagi.



Bila bab-bab pertemuan ini memang semuanya kelihatan baik dan begitu meyakinkan.

Namun, apa yang paling ditakutkan dalam jodoh ini adalah perpisahan. Jarang-jarang orang fikir akan perkara ini kerana merasakan lebih baik menikmati sahaja waktu-waktu yang ada berbanding mengingati perpisahan yang melukakan.

Setiap pertemuan tentu sahaja akan ada perpisahan.

Sebagai contoh, sejauh mana jodoh anda dan pasangan akan tahan, selama mana hubungan kalian mampu kekal bersama dan pelbagai lagi. Boleh jadi anda akan berjodoh dengan seseorang untuk sepanjang hayat anda, malah boleh jadi juga jodoh anda dengan seseorang itu hanya sekadar seketika sahaja.

Jodoh itu dinanti semua orang, akan tetapi adakah kita ini akan berjodoh dengan manusia ataupun kematian?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen