Setiap Pasangan Ingat Ia Pulihkan Hubungan, Tapi Ia Membunuh Dalam Diam.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang perempuan selalunya akan letakkan harapan yang tinggi dalam sesuatu hubungan, yang lelaki pula biasanya selalu tak ambil tahu dan anggap perkara itu remeh. Ini yang selalu berlaku dalam hubungan. Nak-nak lagi sebelum kahwin, ini memang selalu sangat terjadi.

Kalau nak satu hubungan itu berjaya, jangan cuba-cuba untuk berangan lebih atau membuat apa yang anda angankan itu menjadi realiti. Itu tak mudah malah hanya menyakiti hati sendiri. Tak cukup dengan itu, jangan terlalu taksub dengan tips-tips yang diberi oleh orang sekeliling anda, lebih baik anda sesuaikan tips itu dengan hubungan anda. Ini kerana, tak semua orang mempunyai persamaan dalam menjalani satu hubungan.


Ada beberapa perkara yang jelas membunuh hubungan sebenarnya, walaupun ia bukan seperti penipuan, serta kecurangan, akan tetapi ia membunuh hubungan anda secara perlahan-lahan. Apa perkara tersebut?



1. Ruang untuk diri sendiri dan dia.

Bila bergaduh, serta berlaku salah faham, kalian lebih memilih untuk beri ruang pada diri sendiri. Ini yang membuatkan anda dan dirinya lebih renggang. Walaupun sepanas mana situasi tersebut, cuba untuk lebih relax dan berbincang bersama. Kalau tidak anda membuka ruang untuk kalian berdua terus dalam perasaan marah.

2. Sentiasa berharap salah seorang mengalah.

Dalam apa juga keadaan sekali pun, jangan nak harapkan pasangan anda mengalah. Adalah lebih baik kalau anda yang mengalah dahulu. Ini kerana, hubungan akan lebih cepat pulih dan tak ada gap antara kalian.



3. Malas ambil tahu.

Sikap endah tak endah, malas ambil tahu akan pasangan membuka peluang untuk pasangan lakukan sesuatu di belakang anda. Malah dirinya juga merasakan bahawa dia perlukan perhatian yang lebih. Sebab itu, ambilah tahu hal pasangan sikit-sikit. Dnegar keluahan dirinya, senang je kan.

4. Hubungan tanpa beban.

Selalu orang akan menganggap bahawa hubungan tanpa beban ini sangat bagus, itu tanda pasangan itu bahagia. Sedangkan perselisihan faham, dan pertengkaran kecil ini membuatkan hubungan lebih mudah untuk dikawal dan memahami pasangan. Cuba bayangkan kalau tak ada masalah tentu boring bukan.

Mungkin bagi anda perkara ini yang seronok dalam hubungan, tapi kalau tak serius dengan hubungan tersebut memang seronok pun.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen