6 Fakta Terbaru Tentang Lelaki, Wanita Berkerjaya Kena Tahu Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kehidupan orang lelaki pada masa ini tersangatlah berbeza dengan lelaki dahulu. Ini kerana, pada masa ini antara lelaki dan perempuan akan berlumba-lumba untuk capai apa yang mereka inginkan. Tak cukup dengan itu sahaja, keinginan dan kehendak pasangan akan membuatkan ramai lelaki berkira-kira akan keadaan hidup mereka.


Jika nak bezakan dahulu dengan sekarang, lelaki pada masa ini lebih maju dan berdaya saing, namun semuanya tak mudah buat mereka. Buat wanita, ini yang anda perlu tahu mengenai lelaki anda.

1. Cabaran lelaki sekarang lebih tinggi

“lelaki masih diajar untuk jadi lebih berfikiran mendalam, menyayangi, passionate dan mampu jadi bapa yang baik. Kena buat semua itu tapi masih kelihatan macho,” jelas william pollack, phd, presiden centers for men and young men di mclean hospital di massachusetts. Ciri yang ditetapkan nampak terlalu ideal hinggakan ia menjadi satu ‘bebanan’ terhadap mereka. Lagi satu sebab ia makin sukar untuk lelaki hari ini? Lelaki selalu menjadikan bapa mereka sebagai contoh tetapi pollack memetik kata-kata seorang daripada peserta yang berkata, “nak buat apa ikut dia? Dia cuba buat semua itu tapi kini dia duda, ibu saya bencikannya, dan bapa tinggal sendirian…dan dia tak bahagia.



2. Bromances – bagus untuk dia…dan kamu

Perkara ini lelaki belajar daripada kamu ya. “di mana persahabatan sama jantina itu perlu untuk memperoleh sokongan moral. Ia sangat berguna dan boleh mencapai satu tahap understanding,” kata pollack. Lantas dia menambah, bromances boleh memberi impak yang positif pada perhubungan lelaki dengan teman wanita atau isterinya kerana ia membolehkan lelaki itu memproses perasaan dengan lebih baik dan rasa seperti ada sistem sokongan.



3. Makin lambat ajak kamu kahwin

“kalau ikutkan keadaan fizikal mereka, tak mengapa untuk dapat anak lambat,” kata wes moore, penulis the other wes moore. Tetapi dia menambah, faktor di mana wanita juga menetapkan standard yang tinggi untuk mencari mr right atau suami berpotensi. “jika wanita mencari lelaki yang berpendidikan dan ada kerja bagus dan beradab dan bersedia untuk jadi suami, jumlah pilihan yang ada mungkin tak tinggi,” katanya.

Umumnya, wes mengatakan lelaki yang memenuhi kriteria ini akan rasa ego kerana merasakan kurang persaingan. “jika kamu jadi lelaki yang padan dengan kategori ini, kamu boleh dabik dada dan cakap, ‘you know what? Kenapa nak kena kahwin umur 25 pula?’,” jelasnya.

4. Mereka semakin okey dengan wanita bergaji besar

Lelaki muda sekarang tak kisah sangat jika pasangannya lagi banyak gaji daripada mereka. “malah, mereka akan mengharap yang kamu boleh menyumbang lebih sikit tahun ini terutama bagi yang dah berkahwin, supaya tahun depan mereka pula boleh buat sumbangan lebih,” jelas kathleen gerson, phd, profesor sosiologi di university new york dan pengerusi fakulti kesenian dan komiti sains kesaksamaan jantina.

Kumpulan lelaki ini mula menganggap situasi kamu bergaji besar daripadanya sebagai “perlumbaan jangka panjang,” katanya, bermakna mereka dah mula membayangkan the bigger picture. Contohnya, kalian boleh beli rumah bersama-sama daripada siapa yang boleh bagi duit lebih. Kolaborasi ini lebih baik daripada perebutan kuasa dalam rumah tangga.

5. Tetapi mereka akan rasa tercabar dengan kejayaanmu

Hari ini, wanita yang membuat keputusan untuk jadi lebih produktif dan reproductive,” kata lionel tiger, phd, profesor antropologi di rutgers university dan penulis the decline of males. Dan bila wanita nampak lebih berkuasa, sukar untuk lelaki menerimanya.

“elemen produktif untuk lelaki seakan telah dirampas daripadanya,” jelasnya, membuatkan lelaki rasa dia sudah tiada apa nak disumbangkan, dan lebih teruk, berasa seakan tak diperlukan lagi.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen