Hubungan Makin Renggang & Tak Seronok Lagi, Cuba Lakukan 5 Perkara Ini Untuk Kalian Saling Jatuh Cinta Kembali.

Oleh: Zuzu Yasmine

Jatuh cinta sekali lagi, tentu sahaja bukan untuk hubungan yang baru, akan tetapi dengan pasangan yang sedia ada itu. Bukan kena bercinta dengan orang baru tetapi bina semual rasa cinta dengan pasangan anda sekarang ini. Ini khas buat mereka yang tawar hati dalam hubungan.

Hubungan yang muram, sudah tak seronok lagi. Malah kalian juga sudah semakin renggang, tentu sahaja membuatkan anda perlu sedar kalau perkara ini berlarutan, hubungan yang sedia ada mungkin akan putus ditengah jalan. Baik perbaiki sebelum semakin melarat.


Macam mana nak jatuh cinta semula, cuba ini;

1. Date Each Other (Again)

Memang mudah untuk tetapkan masa dan komitmen pada kerjaya serta teman-teman, dan mengharapkan masa untuk pasangan akan datang dengan sendirinya tanpa perlu diatur. Hello, tak kira apa pun, carilah waktu sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk kalian berdua ya.



2. Ingat Kembali Saat Indah

Cuba imbas kembali kenangan yang kalian cipta selama ini. Selak album lama (kalau ada), mainkan lagu yang mengingatkan kalian pada pertemuan pertama dulu, atau lepak di tempat kalian di mana kalian berkenalan. Mengenang memori manis boleh hangatkan kembali perhubungan.

3. Semarakkan Romantis

Dalam perhubungan jangka panjang, kamu perlu sentiasa cipta saat romantis untuk meredakan tekanan yang dihadapi setiap hari. Fikirkan tentang sensualiti dan suasana yang membangkitkan jiwa, daripada pilihan haruman, pakaian hinggalah ke muzik.



4. Luahkan Perasaan

Kamu tahu kamu sayangkannya, begitu juga sebaliknya. Tapi perkataan keramat sayang atau rindu memang perlu diluahkan. Tinggalkan nota di cermin bilik mandi, hantar pesanan teks manja, atau sediakan makan malam enak untuknya. Itu pun sudah memadai.

5. Hargai Pasangan

Pujian tanpa sebab boleh buat kamu rasa dihargai. Bila kamu pandang ke dalam mata si dia, fikirkan apa yang kamu suka tentangnya dan jangan lupa beritahunya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen