Kelonggaran Yang Suami Beri Untuk Isteri Keluar Bekerja Bukanlah Tiket Untuk Isteri Berlaku Curang.

Oleh: Zuzu Yasmine

Pada zaman sekarang adalah biasa apabila seseorang wanita itu mempunyai kerjaya sendiri disebabkan taraf pengajiannya yang tinggi dan tidak mahu mensia-siakan peluang yang ada untuk mencapai impiannya. Namun ada juga wanita yang tidak bekerja sebelum berkahwin, tetapi selepas berkahwin dia meminta izin suami untuk bekerja demi meringankan beban suami yang bergaji kecil.


Kita percaya bahawa jarang sekali suami tidak izinkan apabila mendengar alasan yang isteri beri iaitu untuk membantu suami. Sedar akan ketidakcukupan gajinya setiap bulan mungkin menjadi sebab isterinya meminta izin untuk turut sama bekerja. Apabila sudah diizinkan, si isteri perlulah menggunakan peluang yang diberi dengan sebaik mungkin. Berkerja dengan ikhlas dengan niat untuk menambah pendapatan keluarga.



Sesungguhnya godaan syaitan itu ada di mana-mana. Meski di tempat kerja juga bila-bila masa sahaja wanita boleh digoda dan diuji dengan wang ringgit yang mengaburi mata. Tidak mustahil kerana wang, wanita sanggup menipu status dirinya yang sebenarnya sudah berkahwin. Jangan kerana terlalu ingin mendapatkan kerja dengan gaji lumayan, anda sanggup mengaku bujang atau janda kerana bimbang status berkahwin biasanya tidak dipandang. Ingatlah jika rezeki itu telah tertulis untuk anda, maka ianya tetap untuk anda.



Sebaiknya setiap kali melangkah keluar untuk mencari rezeki, ingatlah bahawa anda punyai seseorang yang perlu anda taati iaitu suami. Jika bukan kerana dia yang mengizinkan anda keluar bekerja, anda tidak dapat merasa peluang ini sama sekali. Memang tidak semua wanita dapat dikaburi dengan wang ringgit, namun masih ada yang leka dan lalai apabila ditawarkan dengan kemewahan yang sememangnya sudah lama diidamkan. Secara tidak langsung ia akan membawa seseorang wanita itu terjerumus ke lembah dosa kerana terlalu mengikut kehendak diri.



Wanita yang diizinkan keluar bekerja sepatutnya perlu berasa beruntung kerana diberi peluang membantu keluarga. Maka jagalah amanah dan kebenaran itu dengan sebaik mungkin. Usah khianati kepercayaan yang diberi oleh suami, bimbang nanti sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen