Wanita Tinggi Selalu Kurang Dapat Perhatian Dari Lelaki Bukan, Tetapi Anda Berpeluang Untuk Hidup Lebih Lama. Banyak Masa Lagi Nak Cari Jodoh. - Kajian.

Oleh: Zuzu Yasmine

Jika selalunya kita hanya akan bercakap mengenai wanita yang bertubuh rendah sahaja sebab kecomelan mereka dan awet mudanya, wanita yang bertubuh tinggi juga mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Siapa kata yang bertubuh tinggi ini tak comel dan menarik.

Kalau tak menarik, tentu mereka ini tidak menjadi model di pentas peragaan bukan. Nampak apa lebihnya mereka ini. Haa... jadi, baik yang tinggi atau rendah jangan nak makan hati sangat okay..


Tapi kali ini kita akn kongsi kelebihan mereka yang bertubuh tinggi ini terutam wanita.

Selalunya kita menganggap bahawa tubuh badan yang tinggi ini adalah salah satu kelebihan untuk bergaya malah segala jenis pakaian akan kelihatan begitu sesuai buat mereka. Mereka ini bukan sahaja cantik, miliki penmapilan yang elegen akan tetapi miliki kesihatan yang baik.



Berdasarkan satu kajian yang diterbitkan dalam BMJ Journal of Epidemiology & Community Health mendapati bahawa wanita yang tinggi ini mungkin mempunyai jangka hayat yang lebih panjang sehingga 90 tahun dalam hidup mereka.

Para penyelidik dari Universiti Maastricht melihat korelasi antara kertinggian, indeks jisim badan (BMI) dan menjalankan hampir 8 ribu perserta ketika mereka berusia 20-an. Setelah bertahun-tahun, ternyata wanita yang mempunyai ketinggian yang tinggi mempunyai usia rata-rata 90 tahun.

Wanita yang disebut dengan ketinggian 175cm (5kaki 9in) dan ke atas lebih mempunyai kecenderungan hidup 31% lebih panjang daripada wanita dengan ketinggian badan di bawah itu.

Jadi wanita yang bertubuh tinggi bersyukurlah bahawa anda berpotensi untuk hidup lebih panjang dari mereka yang lebih rendah dari anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen