Yang Masih Belum Dapat Jodoh & Bakal Pengantin, Rajin-Rajinlah Mandi Waktu Subuh. Bagus Untuk Tubuh Badan Serta Awet Muda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kalau bab-bab tips awet muda ini tentu sahaja membuatkan ramai yang ingi tahu. Nak-nak lagi mereka yang belum bertemu jodohnya. Mana tidaknya kalau naik atas pelamin dengan wajah berseri tentu orang akan lupa pasal umur pengantin bukan.

Tak hanya itu sahaja, kalau dengan wajah awet muda ini senang sikit nak cari pasangan tak lah orang keliru sangat antara umur dengan wajah. Mana tidaknya kalau lama sangat fikir pasal jodoh yang tak muncul tiba ini memang buat wajah kedut seribulah jawabnya.

Nak awet muda ini mudah sahaja sebenarnya, mandi diawal pagi. Nak-nak lagi waktu subuh, memag bagus untuk tubuh badan.


Tahukah anda, mandi pada awal pagi sekitar selepas subuh adalah yang paling terbaik. Banyak kelebihan mandi awal pagi, terutamanya untuk kesihatan badan kita.

Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. Justeru itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. Antara kelebihan dan kebaikan mandi sebelum subuh adalah seperti berikut:



1. Melancarkan Peredaran Darah

Jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

2. Kulit Lebih Lembut dan Halus Mulus

Jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi saja mengunakan air sejuk setiap pagi ia dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak dan kulit pula menjadi lebih lembut dan halus. Tak percaya, jom la cuba.

3. Meningkatkan Kesuburan

Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.



4. Mengurangkan Risiko Darah Tinggi

Untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Boleh mengurangkan Stress

Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik untuk anda menghilangkannya. Oleh itu, ubahlah tabiat untuk mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan Sel Darah Putih

Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.

Untuk nampak sentiasa muda dan sihat, amalkan mandi pada awal pagi. Keana ia mampu memelihara sel dalam badan anda dengan baik.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen