Kalau Wanita Itu Memandang 5 Perkara Ini, Dia Bukan Cintakan Anda Tapi Ingin Ambil Kesempatan Atas Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kalau selalunya anda lihat orang lelaki sahaja yang mempermainkan seorang wanita, tak akan tak ada wanita yang mempermainkan hati orang lelaki. Eh, siapa yang kata tak ada tentu sahaja ada wanita yang akan mempermainkan hati lelaki.


Walaupun kes-kes seperti ini jarang didengari, itu bukan tandanya tak ada, ada tetapi tak kerap sangat berlaku. Mana tidaknya, orang perempuan ini lebih cepat jatuh sayang jika nak bandingkan orang lelaki. Namun begitu, macam mana nak lihat akan seseorang wanita ini hanya main-main je dekat seorang lelaki itu bukannya betul-betul nakkan dirinya.

Ada beberapa beberapa ciri yang boleh dilihat,

1. Lebih sukakan wang ringgit anda.

Dia akan lihat anda ini seorang yang berduit ataupun tidak. Kalau anda berduit, maka dirinya akan mula akan mula mengikis sedikit demi sedikit dengan hanya meminta anda berbelanja dirinya untuk semua perkara. Kalau sikit-sikit mungkin anda tak perasan tapi kalau kerap sangat, tak akan itu pun tak nampak lagi.



2. Perkerjaan anda.

Ada sesetengah orang ini dia akan lebih memandang pangkat, bukan apa dengan pangkat pasangannya itu boleh lah dia bermegah-megah. Jadi kalau pangkat anda ini tinggi sedikit dan dia itu bukan setaraf dengan anda, boleh jadi dia menghampiri anda hanya mahu bermegah-megah akan jawatan anda sahaja kepada rakan-rakannya.

3. Kemahiran anda.

Setiap orang di dunia ini ada kemahirannya yang tersendiri, cuma yang membezakan dirinya adalah bagaimana mereka menggunakan kemahiran tersebut. Jadi kalau anda hebat dalam sesuatu bidang, boleh jadi dia datang mendekati anda hanya ingin tumpang kemahiran diri anda sahaja.



4. Status.

Perkara yang paling penting baginya ialah dia bukan single dengan dating dengan anda. Dia hanya memerlukan status hubungan untuk dibanggakan. Ingat, anda bukan anak patung yang boleh dimanipulasi olehnya.

5. Status keluarga.

Keluarga anda adalah keluarga yang dihormati. Itulah sebabnya dia ingin mempunyai hubungan dengan anda. Sekurang-kurangnya, dengan anda yang berasal dari keluarga yang dihormati, dia boleh menumpang dalam kemasyhuran?

Apa-apa pun dalam mencari jodoh ini, sentiasa berhati-hati dengan mereka yang akan mengambil kesempatan ke atas diri anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen