Lepas Kahwin Nak Pindah Masuk Rumah Baru Bersama Pasangan, Jangan Lupa Lakukan Ini Dulu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ada orang selepas berkahwin, dia akan memilih untuk tinggal bersama keluarga ataupun menyewa. Akan tetapi jika mahukan kehidupan yang selesa serta ada privacy sendiri selepas kahwin tentu sahaja ramai yang memilih untuk tinggal bersama pasangan walaupun terpaksa menyewa rumah.

Orang kata kalau tinggal berdua dengan pasangan ini anda lebih berpeluang nak kenal pasangan dengan lebih cepat malah anda juga boleh berdikari bersama pasangan. Barulah boleh susah sennag bersama-sama, itukan lebih romantik.


Eh, tapi sebelum anda berpindah itu, tentu anda perlu mengemas rumah terlebih dahulu dan melakukan beberapa hal sebelum memasukinya. Biasalah, rumah yang sebelum ini tak berpenghuni. Jadi, kenalah minta perlindungan sungguh-sungguh pada Allah SWT agar dapat hindar segala gangguan.

Sedikit perkongsian daripada Ustaz Farid Rashidi buat pasangan yang bakal pindah rumah untuk duduk bersama.



Baik, apa amalan yang ringkas dan mudah diamalkan?

Menurut hadis, ada beberapa amalan yang elok diamalkan.

1. Beri salam ketika melangkah masuk ke dalam rumah. Bukan hai, hello, yuhhuu, anybody home ya.

Daripada Nafi` bahawa Abdullah bin Umar r.a berkata:

إِذَا دَخَلَ الْبَيْتَ غَيْرَ الْمَسْكُونِ فَلْيَقُلِ السلام علينا وعلى عباد الله الصالحين.
"Jika engkau memasuki suatu rumah yang tidak berpenghuni maka katakanlah: Assalamu`alaina wa `ala ibaadillahis solihin (Salam sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang soleh)."
[Hadis Riwayat Bukhari, no. 1055]

2. Bacalah Bismillah, Berzikir dan Berdoa. Jangan asyik nak melalak bagai.

Daripada Jabir bin Abdillah r.a, Nabi SAW bersabda:

وَأَغْلِقُوا الأَبْوَابَ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لاَ يَفْتَحُ بَابًا مُغْلَقًا
"Tutuplah pintu, dan sebutlah nama Allah kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang tertutup (yang disebut nama Allah)."
[Hadis Riwayat Bukhari, no. 3304). Riwayat Muslim, no. 2012]

3. Bacalah Surah al-Baqarah. Bacalah, tak pandai kena mengaji.

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda:

لاَ تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِى تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ
"Janganlah kamu semua menjadikan rumah-rumah kalian seperti perkuburan. Sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan di dalamnya surat al-Baqarah"
[Hadis Riwayat Muslim, no. 780]

Ok, itu antara amalan yang elok sama-sama kita amalkan

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen