Seorang Yang Mampu Kata ‘Sayang’ Akan Kalah Dengan Yang Berani ‘Meminang’.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam satu hubungan ini, hanya orang yang betul-betul berani sahaja akan berjaya mendapatkan apa yang dia inginkan. Kadang kala, orang yang kata sayang itu belum tentu berani nak pergi meminang anda, malah kadang kala orang yang tak kata apa-apa itu lebih berani untuk menghalalkan anda.


Sayang ini hanya sekadar kata-kata sahaja, tak semua orang akan serius dengan kata-kata sayang itu. Ada yang katakan sayang ini sebab nak cairkan hati seseorang, malah ada juga yang kata sayang ini sebab nak permainkan sahaja hati seseorang.

Kata-kata sayang ini tak nampak kesungguhan serta keikhlasannya, ia macam sekadar kata-kata sahaja. Anda pun tak tahu dalam hatinya itu betul-betul sayang ataupun sekadar kata-kata sahaja. Susah nak duga hati perasaan orang ini.


Ada orang itu dia kata sayang, tapi dia masih lagi curang dibelakang pasangannya.

Ada juga yang kata sayang, tetapi masih tak nak masuk meminang.

Ada orang itu, dia kata dia sayang tetapi dia ada pasangan simpanan sampai dua tiga orang.

Ada juga yang kata sayang tetapi masih teringatkan bekas kekasihnya.



Sebab itulah bila seseorang itu kata sayang pada anda, jangan mudah percaya dengan kata-kata manisnya itu. Semua itu hanya kata-kata yang dijadikan mainan sahaja buat diri anda.

Kalau betul dirinya sayang, dia akan masuk meminang anda dan berjumpa orang tua anda. Malah akan menghalalkan hubungan kalian itu baru betul-betul sayang. Di mana dia buktikan dengan perbuatan.

Yakin ke dia sayang anda?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen