Bila Isteri Dah Mula Buat Semua Sendiri, Bukan Sebab Dia Mampu Berdikari Tapi Dah Malas Nak Bercakap & Hanya Nak Kejar Pahala Buat Diri Sendiri.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kadang kala, seorang isteri malas nak bercakap, nak bersuara dan bertekak akan perkara-perkara yang melukakan hatinya sendiri dah. Mana tidaknya, bagi dirinya dia tak akan menang pun akan semua itu sebabnya suaminya tak akan mendengar mahupun membantu dirinya.

Adalah lebih baik kalau dia uruskan segalanya sendiri dan ikhlas dalam setiap perbuatan. Bukan apa, dia nak kejar pahala sahaja. Kan kalau jadi isteri yang taat dan memudahkan urusan suami dapat pahala berganda-ganda, maka itu sahajalah yang isteri kerjarkan.


Seperti yang dijelaskan oleh Firdaus Shakirin ini, isteri bila dah uruskan semua sendiri tanpa bantuan suami maka yang dia mahukan itu adalah pahala sahaja, selagi dia mampu selagi itulah dia akan kumpul segala pahala dalam rumahtangganya.



Isteri nak pahala, sebab tu dia masih uruskan rumahtangga dengan baik...

Dia balik keje, dia balik berniaga, dia penat...tapi dia masih boleh masuk ke dapur, masak untuk suaminya...

Sebab dia nak pahala...

Seharian dia dirumah melayani karenah anak-anak, mengemas rumah, dia penat...tapi bila suami balik ke rumah, dia masih boleh menyambut suami dengan senyuman dan boleh melayan suami tanpa rungutan...

Sebab dia nak pahala...

Dia suruh suami tolong dia buat kerja-kerja rumah, suruh suami sidai baju, suruh suami buang sampah, suruh suami mop lantai, tapi suami tak tolong...tak pela, dia boleh buat sorang-sorang...

Sebab dia nak pahala...

Suami tak bagi nafkah, suami culas, suami selalu marah dia, maki hamun dia, suami main perempuan, suami curang, suami tipu dia, suami tak pernah menghargai dirinya, dia sabar...dia tahan...dia tabah...

Sebab dia nak pahala...

Baginya, suami itu hanya pinjaman...dia tahu bila-bila masa Allah s.w.t boleh mengambil suami itu darinya...selagi masih bersama, selagi itulah dia akan cuba kumpul pahala walaupun selalu diduga dengan tingkah laku dan layanan suami terhadapnya...



Dosa suami terhadap dirinya, terhadap anak-anaknya, itu antara suami dengan Allah s.w.t...dia dah tegur, dia dah nasihat, tapi semua tak berjaya...takpela, sekurang-kurangnya dia dah menjalanakan tanggungjawab dia untuk mengingatkan suaminya...cuma,

Suami tak boleh terima kata-kata dari dia...

Nanti suami setel sendiri dengan Allah s.w.t di akhirat kelak...Isteri hanya nak rebut pahala selagi masih bersama...selebihnya, hanya Allah yang tahu bila ujian-Nya dengan suami sebegini akan terhenti...selagi belum sampai saat tersebut, selagi itulah dia akan kumpul pahala, bekalan untuk dirinya bertemu Allah s.w.t..

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen