"Jangan Sesekali Kamu Menghampiri Zina", Ini Kesan-Kesan Buruk Berzina.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam usaha kita mencari jodoh itu, jangan pula kita melibatkan diri dengan perkara-perkara yang tak elok. Baik lelaki ataupun perempuan masing-masing kena pandai jaga maruah diri serta jangan mendekati apa yang dilarang.

Kadang kala, dah angau sangat malah tak tahan nak tanggung rindu membuatkan anda mengambil jalan pintas. Jangan lakukan perbuatan yang tak sepatutnya kerana ia hanya akan membinasakan diri anda sahaja. Baik lelaki baik perempuan, dua-dua kena bijak jaga diri.


Allah SWT berfirman:

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَىٰ ۖ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا
Maksudnya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).
(Surah al-Isra’: 32)

Ibn Kathir berkata: Allah SWT melarang para hambaNya daripada perbuatan zina dan menegah daripada mendekatinya. Begitu juga setiap yang membawa kepada zina seperti faktor-faktor dan aspek-aspek yang membawa kepadanya. Firman-Nya: (وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَىٰ ۖ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً) “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji”, yakni suatu perbuatan dosa besar. Firman-Nya: (وَسَاءَ سَبِيلًا) “dan satu jalan yang jahat,” yakni merupakan seburuk-buruk jalan dan tingkah laku.
Lihat Tafsir al-Quran al-Azim (5/72)



Syeikh al-Maraghi berkata: Sesungguhnya berzina itu nyata keburukannya, bahkan mengandungi pelbagai kerosakan. Antara yang terpenting ialah:

1. Percampuran dan keturunan yang porak-peranda. Apabila seseorang lelaki berasa ragu-ragu mengenai anak yang dilahirkan oleh seorang pelacur perempuan, apakah bayi itu anaknya atau anak orang lain, maka lelaki tidak akan mendidiknya, bahkan seterusnya tidak mahu mengurusnya. Hal itu akan menyebabkan keturunan manusia menjadi sia-sia dan dunia akan hancur.

2. Perzinaan sebenarnya membuka pintu huru-hara dan kegoncangan dalam kalangan sesama manusia kerana manusia tetap mempertahankan kehormatan. Berapa banyak peristiwa pembunuhan yang timbul kerana keinginan berzina, sehingga sewaktu kita mendengar sesuatu peristiwa pembunuhan, maka orang akan terus mengatakan, “Periksalah dahulu latar belakang perempuan yang terlibat!”

3. Wanita yang sudah terkenal dan masyhur sebagai pelacur akan dipandang kotor oleh setiap lelaki yang waras sehingga tidak akan berlaku kemesraan antara perempuan seperti itu dengan suaminya. Dengan demikian, ketenteraman dan keserasian yang dijadikan oleh Allah SWT sebagai kasih dan sayang antara sesama manusia tidak akan tercapai.

4. Tujuan kaum perempuan dicipta bukan sekadar pelampias syahwat semata-mata. Akan tetapi, ia dijadikan sebagai sekutu bagi kaum lelaki dalam mengatur urusan rumah tangga dan mempersiapkan tugas-tugasnya seperti makanan, minuman dan pakaian. Kaum perempuan juga menjadi penjaga dan pengurus anak-anak dan sekaligus menjadi pembantu suami. Tugas ini tidak akan dilaksanakan dengan sempurna kecuali apabila wanita itu menjadi rakan (pasangan) yang khusus bagi seorang lelaki sahaja, bukan untuk lelaki-lelaki yang lain.

Dalam erti kala yang lain, perzinaan merupakan suatu yang sangat keji, kerana ia adalah punca-punca, nasab (keturunan) menjadi kacau-bilau dan manusia saling bunuh-membunuh, sembelih-menyembelih, kerana mempertahankan kehormatan. Perzinaan juga merupakan cara yang buruk jika ditinjau dari segi menyamakan antara manusia dan binatang, iaitu tidak menjodohkan antara yang betina dengan yang jantan secara khusus.
Lihat Tafsir al-Maraghi(8/3941-3942)



Antara 17 Kesan Buruk Akibat Zina adalah seperti berikut:-

1. Zina merosakkan kehormatan dan harga diri.
2. Zina menghitamkan wajah dan mengotorkan hati.
3. Penzina tidak akan dijodohkan melainkan penzina juga.
4. Zina mendatangkan murka Allah.
5. Zina mengakibatkan kekafiran.
6. Zina menjatuhkan nilai diri dihadapan Allah SWT.
7. Perbuatan zina dipagari dengan perbuatan jahat lain yang banyak.
8. Zina menghilangkan nama baik seseorang dan dia digelarkan orang khabis (keji).
9. Zina punca tersebarnya penyakit seperti HIV; AIDS/
10. Penzina yang tidak bertaubat akan mendapat seksa.
11. Penzina telah menghilangkan kesempatannya untuk bersama bidadari di syurga nanti.
12. Penzina isteri orang lain, akan dirampas segala kebaikannya dan diberi kepada suami wanita tersebut.
13. Hukuman sebatan akan dikenakan ke atas mereka yang belum berkahwin. Manakala yang sudah berkahwin akan direjam sampai mati.
14. Zina dilakukan oleh insan yang lemah imannya.
15. Zina merosakkan nasab keturunan.
16. Perbuatan zina boleh merebak dan berulang dikalangan keluarga.
17. Zina dilarang keras meskipun daripada menghampirinya.

"Semoga Allah melindungi kami dan seluruh kaum muslimin daripada perbuatan keji ini."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen