Bila Nak Dekat-Dekat Hari Nikah Itu, Orang Lelaki Makin Bimbang Akan 5 Perkara Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Pernah dengar tak bahawa orang lelaki ini adalah orang yang lambat matang. Di mana diantara lelaki dan wanita, wanita akan lebih cepat matang berbanding lelaki. Walaupun usia lelaki itu lebih tua berbanding wanita, tetapi itu belum tentu menjeleskan tahap kematangan dirinya.

Jadi apabila mereka ambil keputusan untuk berkahwin, tentu satu perkara yang sangat mengejutkan bukan? Kalau mereka ini sudah melepasi umur 25 tahun mungkin mereka dah bersedia nak kahwin, tapi kalau mereka ini masih mudah tentu sahaja terasa ragu-ragu.


Eh, tapi tak kiralah lelaki matang ataupun tidak… tapi kalau bab-bab dah nak berkahwin ini banyak perkara yang bermain difikiran lelaki. Sampaikan dia punya overthinking lagi teruk dari orang perempuan. Haaa, nak tahu apa yang orang lelaki bimbangkan bila dah nak kahwin ini.



1. Rasa ragu-ragu, adakah dia mampu menjadi suami yang baik?

Setiap orang selagi belum menjalankan tanggungjawab sebagai suami, tentu sahaja akan bimbang kalau-kalau dirinya tak mampu lakukan tanggungjawab itu. Sebab itu, kena cuba dulu baru boleh tahu anda mampu lakukannya ataupun tidak.

2. Takut, kalau-kalau tak mampu penuhi keinginan isterinya.

Orang lelaki tahu bahawa wanita ini banyak keinginannya, itu yang membuat lelaki takut dan bimbang. Mana tahu bahawa dia tak mampu penuhi segala keinginan isterinya, nak-nak lagi bab keselesaan hidup kelak. Segala keinginan isteri itulah tanggungjawab suami.



3. Risau kalau hobi yang disukai tak boleh dilakukan lagi.

Orang lelaki ini banyak hobinya, malah kadang kala ada hobi yang selepas kahwin pun tak boleh nak tinggal. Akan tetapi kalau disuruh pilih hobi dengan isteri tentu sahaja membuat dirinya serba salah. Itu yang bimbang kalau lepas kahwin nanti boleh tak dia lakukan hobi yang sama.



4. Bimbang waktu bersama rakan-rakan akan terbatas.

Jika waktu bujang dia boleh lepak berjam-jam dengan rakannya, tapi selepas kahwin tentu masa lepak bersama rakan-rakannya akan terbatas. Malah ada juga isteri-isteri yang tak bagi suaminya pergi lepak, haaa… macam mana dia tak bimbang.

5. Tiba-tiba terfikir betul ke pilihannya itu.

Dah saat-saat akhir ini, mulalah dia fikirkan bahawa betul atau tidak pilihan dirinya itu. Ini kerana, isterinya akan menjadi peneman serta ibu kepada anak-anaknya. Bukan apa, takut-takut kalau dia salah buat pilihan.

Biasalah bila mula nak buat benda baik ini macam-macamlah akan terasa di hati. Mana tidaknya, syaitan tak suka kalau anda bina masjid yang menghalalkan hubungan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen