Berkahwin Awal Bukan Sahaja Bentuk Rasa Tanggungjawab, Akan Tetapi Bagus Untuk Kesihatan Rupanya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ada orang berpendapat bahawa berkahwin pada usia yang muda itu tidak bagus kerana masing-masing belum matang. Malah ada juga yang menyatakan bahawa apabila ingin berkahwin, biarkan ia datang pada waktu yang tepat jangan terburu-buru, sebabnya takut yang akan berlaku dikemudian hari.

Bab berkahwin dan jodoh ini sememangnya berada di luar kawal kita sebagai manusia. Ada yang bertemu jodoh diusia yang muda, malah ada juga yang bertemu jodoh diusia yang telah matang. Semuanya bergantung kepada jodoh yang telah Allah tetapkan buat hamba-hambaNya.


Namun begitu, jika anda segera bertemu jodoh ia sebenarnya sangat bagus buat diri anda. Tidak kiralah bagus buat kesihatan, emosi dan pelbagai lagi. Nak tahu bagusnya berjumpa jodoh dengan segera ini, mari ikuti perkongsian ini.

Perkahwinan merupakan gerbang ke arah menjadi manusia yang lebih bertanggungjawab, berdisiplin dan komited. Di sinilah waktu di mana segalanya berubah 360 darjah berbanding kehidupan yang dilalui semasa anda masih bujang. Jika dahulunya anda hanya memasak nasi untuk dimakan seorang diri, kini anda perlu memasaknya untuk tiga atau empat orang bergantung kepada ahli keluarga semasa anda. Jika dahulu wang gaji anda milik anda sepenuhnya, kini “duitku duitmu jua”. Kesemuanya dikongsi bersama apabila anda telah mengikat hubungan yang sah bersama pasangan hidup anda.



Walau bagaimanapun, terdapat tanggapan yang menyatakan bahawa, perkahwinan hanya akan menambah beban seseorang individu. Ini termasuklah beban fizikal, kewangan, pengurusan dan emosi. Sekejap, benarkah emosi individu yang telah berkahwin turut terbeban? Bagaimana pula jika sebaliknya? Bagaimana jika kami mengatakan bahawa kesihatan mental pasangan berkahwin adalah lebih baik berbanding mereka yang masih bujang? Jom baca penerangan di bawah.

Kurang berisiko menghidap demensia

Satu kajian menyatakan bahawa, sekiranya anda berada dalam perkahwinan yang membahagiakan hidup anda, anda kurang berisiko untuk mendapat demensia. Apakah itu demensia? Demensia merupakan sejenis gangguan proses mental yang kronik atau berterusan yang disebabkan oleh penyakit otak atau kecederaan dan ditunjukkan melalui gangguan ingatan, perubahan personaliti, dan pertimbangan akal yang semakin merosot.

Saintis menemui bahawa risiko demensia adalah 40% lebih besar dalam kalangan peserta kajian yang masih bujang dan tidak gembira berbanding daripada peserta kajian yang telah berada dalam ikatan perkahwinan secara gembira. Kajian berpendapat bahawa pengasingan sosial (social isolation) mungkin menyebabkan seseorang individu menjalani cara hidup yang kurang sihat yang menyebabkan peningkatan risiko demensia.



Rangsangan positif perkahwinan

Selain itu, penyelidik kajian turut menyatakan bahawa tinggal bersama dengan pasangan boleh memberikan anda rangsangan sosial dan mental. Perkara-perkara yang dilakukan secara bersama dengan pasangan akan meningkatkan mood yang positif dan seterusnya memperlahankan risiko berlakunya demensia. Sebagai contoh, pasangan yang telah berkahwin akan sentiasa memberi galakan kepada pasangannya untuk terlibat dengan gaya hidup yang sihat seperti mengambil makanan yang sihat, bersenam dan tidak merokok. Tabiat seperti ini akan mengurangkan keradangan sekali gus mengelakkan seseorang individu daripada mendapat simptom-simptom demensia.

Selain itu, pasangan berkahwin turut memberikan sokongan emosi dan ekonomi selain bantu-membantu antara satu sama lain sekiranya melalui fasa yang memeritkan. Sokongan bersama ini amat penting terutama ketika mood seseorang individu berada pada tahap yang rendah. Ini turut menjelaskan mengapa seseorang yang masih bujang dan tidak memiliki pasangan hidup mempunyai peningkatan risiko untuk menghidap demensia apabila berada pada tahap mood yang rendah.



Antara salah satu cara untuk mengurangkan risiko demensia adalah melalui pengekalan hubungan sosial antara individu. Bagaimana mahu mengekalkan hubungan sosial sesama manusia? Hal ini bukanlah sesukar yang disangka. Cukup sekadar anda menyapa seseorang di jalanan dan bertanyakan keadaan mereka. Anda juga boleh melakukan aktiviti secara bersama dengan individu lain seperti berkebun, menyanyi dan menari bersama selain menyertai kumpulan sokongan komuniti.

Bagi mereka yang masih bujang atau masih tidak mempunyai pasangan, carilah calon pasangan anda secepatnya. Pada era milenium ini, mencari pasangan hati bukanlah satu hal yang sukar. Hanya bergantung kepada kesungguhan dan tekad anda secara serius untuk mencari raja atau permaisuri hidup anda. Teruskan mencari kerana tidak terdapat istilah “terlambat” untuk melangsungkan perkahwinan walaupun anda telah berusia separuh abad.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen