Aura Lelaki Sudah Berkahwin Lebih Menarik? Hati-Hati, Jangan Tersalah Pancing.

Oleh: Zuzu Yasmine

Selalu sangat bukan kata-kata yang menyatakan bahawa aura lelaki yang telah berkahwin ini lebih kuat berbanding mereka yang bujang. Malah, anak-anak gadis yang belum berkahwin ini pun selalu lebih suka menjelingkan mata pada suami-suami orang ini. Mereka kata, suami orang ini lebih sedap mata memandang.

Betul ke? Ataupun itu hanya ayat-ayat nak jadi orang ketiga dalam hubungan yang sedang bahagia. Biasalah, bila tengah bahagia inikan macam-macam dugaannya. Apa kata kita lihat kajian yang telah dilakukan ini.


“Eh, handsome kau sekarang, ada buat pembedahan plastik ke ni?”. Seloroh Nurul kepada kawan lelaki di tempat belajarnya dulu, Faizal yang sudah lama tidak berjumpa. Apa yang lebih menghairankan, Faizal sebenarnya sudah beberapa tahun berkahwin. Perbualan ini sebenarnya sedikit sebanyak memberi gambaran yang menyetujui kenyataan di mana lelaki sudah berkahwin sebenarnya lebih menarik berbanding lelaki bujang. Persoalannya, benarkah penyataan ini?



Seri selepas berkahwin

Menurut kajian yang dikeluarkan oleh Journal of Experimental Social Psychology, didapati bahawa 90 peratus wanita bujang adalah lebih berminat kepada lelaki yang mereka percaya sudah berkahwin!

Kepercayaan mengenai seri selepas berkahwin sebenarnya mungkin ada kebenarannya. Ini kerana kita sering sahaja disajikan dengan cerita atau gosip di mana seorang wanita mempunyai hubungan sulit dengan suami orang lain, bukan? Perkara ini bukan hanya berlaku dalam drama swasta televisyen atau internet, ia memang terjadi dalam kehidupan manusia.

Seri ini sebenarnya mungkin bukan sahaja melibatkan rupa semata-mata, malahan juga wang ringgit dan harta. Ini kerana lelaki selalunya berkahwin pada usia sekitar 30-an ke 40-an, dan ketika ini lelaki kebiasaannya sudah stabil dari segi ekonomi dan mampu untuk menanggung diri dan pasangannya.

Lihat sahaja dalam media massa atau media sosial, sudah sangat banyak kes penceraian yang melibatkan orang ketiga ini. Dalam pada itu, kes seperti ini banyak melibatkan lelaki yang sudah berkahwin berbanding wanita. Dari segi logik, memang tidak masuk akal seorang wanita itu mahu menjerut leher sendiri dengan bercinta dengan lelaki orang, bukan?

Sebenarnya, ada penjelasan saintifik yang mendalanginya. Lelaki yang sudah berkahwin mungkin akan lebih menarik bagi sebahagian wanita ekoran proses biologi yang dikenali sebagai mate-choice copying.



Mate-choice copying

Proses biologi ini sebenarnya bukan hanya wujud dalam diri manusia, malahan juga setiap spesies yang ada di muka bumi. Proses ini akan terjadi apabila seekor betina daripada sebarang spesies tertarik kepada jantan daripada kalangan spesiesnya apabila si jantan itu sudah mempunyai pasangannya sendiri.

Mungkin bagi haiwan, proses biologi ini mungkin tidak akan berapa memberikan kesan yang terlalu mendalam. Paling teruk pun, akan berlaku pergaduhan atau perebutan pasangan yang bagi mereka memang merupakan asas kehidupan mereka. Namun bagaimana pula halnya jika ini terjadi kepada manusia?

Manusia adalah spesies yang mempunyai peradaban paling sempurna di muka bumi ini. Kita ada akal dan perasaan. Oleh itu, keperluan untuk kita memiliki pasangan bukan sahaja didasari oleh nafsu semata-mata, malahan juga rasa cinta dan kasih sayang. Disebabkan itu, istilah merampas pasangan ini tidak harus wujud dalam diri seorang manusia.

Pun begitu, ia masih terjadi. Ini kerana kadangkala kita akan bertindak di luar kawalan. Ini yang akan terjadi apabila aspek emosi mula membatasi fungsi otak. Akibatnya, anda mungkin tidak mampu mengawal tingkah laku anda lagi dan ia akan menjadi salah satu sebab mengapa ada wanita akan tertarik kepada lelaki yang sudah berkahwin.

Jadi, wanita yang sudah berkahwin perlu lebih berhati-hati, ya? Mungkin anda tidak perlu sampai mengawal dan mengongkong suami anda terlalu ketat. Namun, sekadar cukup untuk membuatkan dia tahu bahawa anda seorang sahaja sudah cukup untuk menyayangi dirinya. Mungkin benar Faizal telah menjadi lebih tampan apabila sudah berkahwin, namun dia juga perlu tahu bahawa ketampanannya itu tidak boleh digunakan sebagai senjata untuk memikat gadis di luar sana yang mungkin agak terganggu proses biologinya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen