Bila Cakap Pasal Kahwin, Ini 5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila cakap pasal kahwin ini tentu anda akan rasa teruja bukan, mana tidaknya ramai yang merasakan bahawa perkahwinan ini adalah penyatuan daripada dua hati menjadi satu, malah ada juga yang beranggapan bahawa perkahwinan ini adalah menghalalkan hubungan yang telah lama terjalin dan macam-macam lagi lah.

Siapa sahaja yang tak teruja bila cakap perkara sebegini bukan? Nak-nak lagi buat anda yang telah menantikan saat ini dengan lama, tentu sahaja merasakan bahawa perkahwinan adalah satu kebahagiaan yang dinanti-nantikan.


Setiap orang yang mendirikan rumahtangga ini tentu akan berharap bahawa ia akan berlaku sekali seumur hidup sahaja, sebab itulah dia punya rasa teruja dan kegembiraan itu lain macam sedikit. Malah kalau majlis pun nak buat besar-besar sebabnya kahwin inikan cuma sekali sahaja seumur hidup.

Tapi itulah, anda yang anda perlu tahu mengenai perkahwinan ini. Ini bukan main-main, ini perkara serius.



1. Tak akan ada mana-mana perkahwinan seperti anda.

Jalinan yang kalian bina ini adalah sangat unik dan istimewa. Di mana, pasangan lain belum tentu mempunyai keunikan yang sama seperti anda suami isteri. Malah yang lebih istimewanya, hanya anda berdua sahaja yang tahu rasa bahagia perkahwinan anda itu. Orang lain tak akan tahu dan tak akan rasa apa yang anda rasa. Walaupun mereka pun telah berkahwin tapi kebahagian itu tak sama.

2. Anda tak akan mengenali seseorang sehingga anda menghawininya.

Jika masa bercinta anda merasakan bahawa anda telah begitu kenal pasangan anda, anda silap sebenarnya. Ini kerana, anda akan mengenali seseorang selepas berkahwin dengan dirinya. Masa itu baik buruk pun pasangan anda tetap kena terima. Walaupun ibu bapa mereka sendiri tak akan kenal anak-anak mereka. Anda sebagai teman sebantalnya tentu akan lebih memahami dan kenal pasangan anda.



3. Jangan berharap terlalu tinggi terhadap pasangan.

Jangan letakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap pasangan anda, adalah lebih baik kalau anda letakkan harapan kepada Allah. Ini kerana, apabila anda berharap kepada manusia ia akan pudar dan mungkin anda akan kecewa. Akan tetapi kalau kepada Allah, anda akan lebih yakin dengan setiap apa yang dirancangkan.

4. Tak ada sebab anda perlu terburu-buru untuk berkahwin.

Mungkin ada sesetengah dari anda akan menetapkan umur-umur tertentu untuk berkahwin. Malah merasakan bahawa perkahwinan perlu dilakukan diusia yang muda. Tapi sebenarnya, perkahwin ini adalah apabila anda telah bersedia mental dan fizikal. Alah, kira macam dah sampai waktu yang tepatlah.

5. Perkahwinan bahagia benar-benar wujud.

Jika anda selalu dimomokkan dengan kemusnahan rumahtangga malah sikap-sikap pasangan yang teruk atau apa sekali pun. Jangan takut untuk berumahtangga, ini kerana ada sahaja perkahwinan yang membahagiakan. Jangan bimbang, anda akan bertemu kebahagiaan anda yang tersendiri.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen