Lelahnya Penantian, Berakhri Bahagia Di Pelamin.

Oleh: Zuzu Yasmine

Saat melihat pasangan yang lain bahagia, apa yang anda rasakan di saat ini? Cemburu, teringin bahagia seperti mereka ataupun tak sabar menanti saat bahagia anda itu? Walaupun anda tahu dan yakin bahawa setiap orang sudah tertulis jodohnya, akan tetapi tentu sahaja penantian ini begitu memenatkan anda.

Saat menanti seseorang yang tepat, tentu banyak perkara yang perlu anda harungi sendirian. Nak-nak lagi menjaga hati sendiri dan sentiasa bersangka baik dalam setiap yang berlaku. Tak hanya itu sahaja, anda perlu telan segala kata-kata orang sekeliling.


Walaupun jika dilihat anda begitu bahagia saat ini, akan tetapi penantian itu sangat menduga hati bukan?

Buat anda yang sedang berjuang untuk berjumpa seseorang yang tepat, dan menanti kehadirannya… Jangan pernah cuba-cuba untuk mengalah dan berputus asa. Berusaha untuk mencarinya sehingga anda berjaya menenuminya. Yakinlah bahawa dirinya juga sedang berjuang untuk berjumpa dengan anda. Walaupun anda sedikit lambat berbanding rakan-rakan anda yang lain, boleh jadi yang lambat itu yang paling bahagia buat anda.



Buat mereka yang sedang berjuang dalam hubungan pula, memang pelat nak halalkan hubungan tersebut. Akan tetapi jika dia sedang berusaha untuk menghalalkan anda ataupun mempersiapkan dirinya untuk berumahtangga, ingatlah bahawa dia yang terbaik untuk anda. Boleh jadi masa menjadi penentu buat anda. Cepat atau lambat kalau anda berusaha untuk menghalalkan hubungan tentu akan berhasil juga akhirnya.



Manakala buat mereka yang sedang berjuang akan hubungan jarak jauh pula… Memang sukar nak pertahankan hubungan yang jauh dari pandangan mata. Akan tetapi, jika anda yakin bahawa dia yang terbaik buat anda, maka cuba untuk pastikan bahawa anda mampu bertahan dengan ujian seperti ini. Mana tahu selepas berakahwin kalian akan bersama selamanya.

Walaupun semua perkara ini pahit untuk ditelan sedirian, ketahuilah saat-saat penantian itu akan berakhir apabila berjumpa dengan seseorang yang tepat. Impian anda untuk menjadi suami atau isteri tentu sahaja akan tertunai, tidak kiralah cepat atau lambat itu hanya sekadar masa sahaja. Yang penting, dia adalah yang tepat dan terbaik.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen