Kalau Dah Tak Suka, Hantar Balik Ke Rumah Orang Tuanya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang mengimpikan perkahwinan yang membahagiakan dan menenangkan. Sama seperti jodoh, kita mahukan seseorang yang baik, memahami dan bertanggungjawab sebagai pasanagn sehidup semati kita. Namun adakala tak semua yang kita impikan akan kekal hingga ke garisan penamat.


Kita tahu jodoh, ajal, maut itu di tangan Allah. Bila-bila masa sahaja Dia boleh membolak balikkan hati kita kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik. Meski kita sudah berkahwin dengan jodoh, tidak semestinya jodoh itu akan kekal sehingga ke nafas akhir. Adakala jodoh tidak panjang, diuji dengan bermacam dugaan di pertengahan rumahtangga. Namun itu semua adalah takdir yang telah tertulis untuk kita.



Sebagai lelaki, jika sudah ‘berjaya’ mengahwini gadis idaman anda atau gadis yang anda cintai, tidak bermakna anda telah menang dan boleh berbuat sesuka hati terhadapnya. Meski wang hantaran telah diberi sebanyak 15k, 20k, itu tidak bermaksud anda telah miliki isteri anda dan menguasai dirinya. Dalam rumahtangga perlu ada toleransi dan kerjasama, jangan terlalu mengikut emosi dan perasaan sahaja. Jika tidak boleh teruskan hubungan, hantarlah isterimu pulang kembali ke pangkuan keluarganya sebagaimana kau menjemputnya dulu, bukan dijadikan tempat melepaskan amarah.



Isteri adalah insan yang banyak berkorban perasaan dan adakala dipendam sehingga menimbulkan masalah dalaman terhadap dirinya. Usah terlalu mengongkong dan menjadikannya umpama orang gaji apabila sudah tidak suka dan merasakan tiada persefahaman lagi. Kerap kali kita lihat di dada-dada akhbar tentang kes dera isteri, mengapa perlu adanya kes begini jika anda menganggapnya sebagai permaisuri di hati? Bukankah dulu berjanji mahu bersama hingga mati? Mengapa kini mengherdik dan memaki?

Dia punyai hak untuk dilindungi, dicintai, bukan untuk dikeji apabila tidak lagi dicintai. Hargailah isterimu yang telah bertarung nyawa untuk melahirkan zuriatmu. Atau meski dia tidak mampu berikan zuriat untukmu, usahlah dikeji, berikan sokongan untuk sama-sama tempuh kehidupan yang masih berbaki.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen