Wanita Melayu Lebih Suka Lelaki Berkulit Gelap Sebagai Pasangan, Ada Yang Kata Macho.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ramai lelaki melayu anggap bahawa wanita lebih memilih lelaki yang berkulit cerah sahaja untuk dijadikan pasangan. Sebabnya, wanita-wanita sekarangkan lebih terdedah dengan cerita-cerita korea dan k-pop bagai. Itu yang buat mereka beranggapan sebegitu.

Eh, cerita korea, mamat k-pop itu semua hanya minat sahaja. Orang kata sebagai cuci mata ketika masih bujang ini. Akan tetapi kalau nak kahwin, mereka ini tentu-tentulah akan pilih lelaki yang berkulit gelap atau hitam manis, barulah nampak macam lelaki sejati.


Lelaki yang berkulit gelap ini biasanya mempunyai aura tersendiri, sebab itulah ramai wanita melayu memilih lelaki melayu sebagai pasangan. Tapi wanita bukan melayu pun kalau nampak lelaki melayu pun boleh jatuh cinta. Tapi apa yang hebatnya lelaki berkulit gelap ini? Jom kita lihat.



Kelihatan lebih macho.

Mempunyai kulit gelap dan hitam manis ini membuatkan wanita tak jemu untuk memandang, serta lebih macho. Jika nak bandingkan lelaki berkulit cerah, lelaki berkulit sawo matang atau gelap ini dikatakan lebih bersifat kelakian. Wow!

Aura kelakian yang kuat.

Paling sedap mata memandang, orang lelaki yang berkulit sawo matang dan sedikit gelap ini memang mempunyai aura yang tersendiri malah lebih kuat berbanding mereka yang kulit cerah. Tengok kulit sahaja dah tahu bahawa mereka ini lelaki sejati bukannya nampak macam lembut.



Nampak matang.

Disebabkan mereka ini berkulit gelap, jadi mereka akan lebih mudah nak nampak matang. Sebabnya kalau lelaki berkulit putih ini akan kelihatan sedikit keanak-anakkan berbading lelaki kulit gelap yang lebih matang dan berkarisma.



Rajin berkerja.

Kalau dah lihat kulit pun agak gelap, tentu mereka ini tak takut untuk berjemur dan melakukan kerja berat. Ini yang buat wanita suka ini. Sebab nampak kelakian mereka, berbanding lelaki kulit cerah yang takut akan cahaya matahari.

Nampak lasak dan berani.

Sebabkan mereka ini akan menjadi pelindung buat insan yang lemah iaitu wanita, tentu sahaja mereka ini perlu kelihatan lasak dan berani. Barulah dapat melindungi insan yang mereka sayangi, malah wanita yang berada di sisinya juga akan terasa selamat dengannya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen