Hubungan Suami Isteri Akan Semakin Kronik Kalau Kerap Sangat Lakukan Perkara Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Seperti yang kita tahu bahawa perkahwinan ini adalah satu perjalanan yang panjang, di mana pelbagai perkara yang harus diperjuangkan bersama. Dalam perkahwinan ini ada beberapa perkara yang perlu dititik beratkan, iaitu komunikasi yang baik serta saling menghormati antara satu sama lain.


Akan tetapi, pada masa ini komunikasi akan menjadi lebih mudah apabila telefon bimbit. Nak tanya apa-apa tinggal picit sahaja itu belum lagi kalau nak minta izin keluar rumah tinggal call sahaja. Akan tetapi telefon bimbit ini juga penghancur hubungan yang tidak dijangka.

Satu kajian pada tahun 2012 yang telah dijalankan di University of Essex mendapati bahawa telefon bimbit mempunyai pengaruh yang negatif terhadap hubungan kerana ia mampu merengangkan kedekatan, komunikasi antara pasangan. Malah, pasangan suami isteri yang terlalu leka dengan telefon bimbit akan cenderung mengalami masalah dalam hubungan mereka.



Menghabiskan masa dengan memeriksa feed Instagram ataupun terlalu asyik melayani Facebook akan mengurangkan perbualan dan komunikasi secara langsung bersama pasangan. Pada akhirnya ia akan membuatkan hubungan menjadi hambar dan timbul salah faham.



Bukan itu sahaja, terlalu fokus terhadap telefon bimbit dan bermain media sosial akan membuatkan anda hilang hormat terhadap pasangan anda. Di mana, anda akan mengabaikan pasangan anda dalam apa jua keadaan kerana ingin fokus dengan apa yang sedang anda lakukan. Nak-nak lagi ketika pasangan perlukan seseorang mendengar.

Meskipun ramai yang dah tahu akan perkara ini, namun tetap sahaja ia tidak diendahkan malah semua orang masih lagi leka dengan telefon bimbit masing-masing.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen