Awal-Awal Memang Rasa Romantik, Tapi Bila Dah Lama-Lama, Akan Timbul Rasa Rimas Pula.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang tentu nak kan satu hubungan yang romantik dan penuh dengan kasih sayang. Biasanya orang perempuanlah nak lelaki yang romantik ini. Kenapa nak lelaki romantik? Sebabnya hubungan akan lebih bahagia katanya kalau pasangan macam ini. Malah mereka akan jadi yang paling beruntung kalau dapat pasangan seperti ini.


Akan tetapi dalam romantik-romantik pun boleh jadi boring dan merimaskan kalau selalu sangat. Malah seperti tak percaya serta tak beri kebebasan kepada pasangan.

Nak tahu perkara apa yang romantik tetapi membosankan, ikuti pembacaan ini.

1. Selalu sangat menghabiskan masa bersama.

Kalau dah hari-hari menghadap muka yang sama, memanglah tak seronok. Lainlah kalau dah jadi suami isteri, itu lain cerita. Kalau masih berkenalan atau bercinta sahaja dah habiskan masa bersama memang akan cepat bosan. Sebabnya, dekat rumah nak video call lah, bila nak keluar nak sama-sama juga. Macam masing-masing tak live sendiri.



2. Selalu sangat inform keadaan anda.

Nak makan, nak keluar bersama rakan, nak habiskan masa dengan keluarga dan macam-macam lagi, semuanya nak bagitu. Memang rimaslah cerita dia. Kalahkan orang yang dah kahwin, memang tak seronoklah cerita dia. Sikit-sikit sudahlah, ini rasa macam kena kawal pulak.

3. Beri kejutan.

Kalau jarang-jarang bagi kejutan mungkin akan rasa benda ini seronok dan romantiklah. Akan tetapi kalau dah selalu sangat, sampaikan rasa dah biasa, itu tak seronoklah cerita dia. Part paling tak seronok adalah bila beri kejutan tak kena masa. Ini dah tak jadi romantik tapi jadi macam nak gaduh pula.



4. Terlalu melindungi.

Nak pergi mana-mana, mesti nak ditemani bahkan nak kena minta izin dahulu. Itu belum lagi dengan orang tertentu sahaja yang boleh keluar bersama. Memanglah anda sayang akan pasangan anda, namun ini semua merimaskan malah dia akan terasa seperti dikongkong, kan tak seronok.

5. Berjanji tapi tak tunaikan.

Ini lagi satu perkara yang orang fikir bahawa berjanji manis itu romantik, namun begitu apabila tak ditunaikan bagaikan memberi harapan yang kosong. Jadi adalah lebih baik kalau tak perlu berjanji, itukan lebih mudah.

Dari awal mungkin perkara ini akan kelihatan romantik dan menyeronokkan. Namun, lama ke lamaan ia akan menjadi perkara yang merimaskan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen