Bila Jumpa Bakal Imam Yang Ada Ciri-Ciri Pemimpin Jangan Tunggu Lama-Lama, Mereka Ini Sangat Limited Edition.

Oleh: Zuzu Yasmine

Buat wanita dan gadis yang sedang mencari jodoh, tentu sukar sekali bukan nak cari yang benar-benar miliki ciri-ciri seperti yang anda inginkan. Sebabnya, tak semua orang miliki ciri macam anda inginkan. Namun begitu, tentu anda akan memilih seseorang yang baik sebagai calon pasangan bukan.

Kalau dah jumpa seseorang yang berkenan di mata dan hati, jangan takut nak mulakan langkah dahulu. Jangan risau sangat akan status pergi cari timba itu, kalau anda tak mulakan macam mana nak dapat jodoh bukan?

Buat yang sedang mencari jodoh, ini nasihat dari Puan Marliya Ramli yang patut anda fahami.


Duhai gadis yang akak sayang...

1 - Jika anda jumpa bakal imam yang punya ciri-ciri pemimpin, jangan tunggu lama-lama.

2 - Kita gadis tak punya banyak masa. Tak salah pun perigi mencari timba. Arjuna berguna sangat 'limited edition' pada hari ini.



3 - Jaga akhlak dan pinanglah arjuna tersebut dengan cara yang paling terhormat. Kenapa malu? Siti khadijah pun pinang nabi muhammad (saw).

4 - Jika arjuna tanya mengapa pilih saya? Jawablah dengan jujur :

• Kerana awak bujang dan rajin bekerja
• Kerana awak tenang dan berlemah lembut
• Kerana saya sedang mencari imam keluarga saya
• Kerana saya tidak sempurna dan memerlukan awak untuk menyempurnakan
• Kerana saya mencari seorang bapa yang bertanggungjawab kepada bakal anak-anak kita

5 - Tapi Kak.... Kalau arjuna itu gelakkan saya, menghina dan viralkan pinangan saya bagaimana?#apeni
Bersyukurlah!

6- Jika dia buat begitu bermakna dia bukan arjuna pelindung. Bukan arjuna yang menjaga aib sesiapa. Wajah sebenarnya terdedah juga!



7 - Arjuna yang menghina gadis yang meminang mereka seolah-olah menghina pinangan siti khadijah terhadap rasulallah.

8 - Maka... Buanglah cinta anda terhadapnya di lubuk hati yang paling dalam. Mengapa mahu mencintai arjuna tak tak faham sirah agama?

9 - Bukan saja anda, arjuna durjana yang gemar membuka aib wanita tidak layak menjadi suami atau imam sesiapa.
Duhai gadis yang akak sayang...

10 - Hidup sekali. Mati sekali. Semoga jodoh juga hanya sekali. Titik!

Salam sayang

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen