Bertunangan Ini Banyak Dugaannya, Makin Dekat Tarikh Kahwin Makin Banyak Dugaan Yang Datang. Tapi Ini Cara Anda Hadapinya Dengan Tenang.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila bercakap mengenai pertunangan ini, tentu akan ramai yang menyatakan bahawa ini adalah perkara yang sangat serius untuk dihadapi malah, pada ketika inilah banyak dugaan yang akan datang. Tidak kiralah dugaan hati, orang sekeliling ataupun pasangan itu sendiri.


Namun begitu, ramai sangat yang bimbang akan pertunangan ini. Mana tidaknya, ramai yang beranggapan bahawa pertunangan ini memang perlu berakhir dengan sebuah perkahwinan, sedangkan tempoh bertunangan ini adalah tenpoh anda berkenalan antara satu sama lain.

Bertunang adalah muqaddimah kepada perkahwinan iaitu dengan melamar wanita untuk dijadikan bakal isteri atau meminta persetujuan pihak wanita untuk menjadi isteri kepada pihak lelaki. Bertunang juga membawa makna menzahir dan mengiklankan kehendak / kemahuan seseorang lelaki untuk berkahwin dengan seseorang wanita.



1. Jangan terburu-buru

Tidak perlu membincangkan idea tentang nama anak bersama pasangan di masa depan. Jangan terburu-buru membincangkan hal yang sebenarnya baru boleh dibicarakan selepas berkahwin.

2. Menahan diri

Walaupun sudah bertunang, sebaiknya anda tetap menahan diri untuk melakukan penzinaan. Tetap simpan semuanya setelah masa perkahwinan untuk detik-detik yang paling istimewa.



3. Rakan-rakan

Walaupun sudah bertunang, bukan bermakna anda sudah tidak ada masa untuk rakan-rakan. Hubungi rakan untuk berkongsi berita gembira dan habiskan masa seharian bersama mereka.

4. Berpisah sementara

Kadang-kadang, ada perasaan bosan di antara pasangan. Anda boleh cuba untuk berpisah sementara demi memupuk rasa rindu dan mengelakkan pergaduhan.



5. Mengenal keluarga

Hal ini sangat penting untuk dilakukan apabila memasuki fasa bertunang. Bagaimanapun, perkahwinan bukan semata hubungan kamu dengan pasangan sahaja, malahan akan melibatkan dua keluarga yang besar. Semakin baik hubungan dengan kedua-dua keluarga, semakin rapat hubungan silaturrahim.

6. Pergaduhan

Setiap hubungan pasti mempunyai masalah. Tetapi, sehebat apapun masalahnya, wajib selesainya dengan cara yang baik. Jangan dibiarkan berlarutan, mencari penyelesaian untuk kebaikan bersama. Malahan, ia boleh menyebabkan putus pertunangan jika dibiarkan berlarutan.

7. Masalah kewangan

Sebelum berkahwin, masalah kewangan juga perlu dipertimbangkan. Sekurang-kurangnya anda harus yakin urusan kewangan stabil untuk pengurusan apabila berumah tangga nanti.

8. Menerima keburukan

Bagaimana dengan keburukan pasangan? Anda jangan putuskan perhubungan, kenalinya terlebih dahulu dan terima kekurangannya.

Itulah berbagai cara untuk mempertahankan hubungan pertunangan sebelum berkahwin.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen