Apakah Itu Merisik?

Oleh: Rafi

Pelajari adat-adat merisik sebelum majlis perkahwinan anda. Tips ini membantu apabila si teruna datang bertandang ke rumah si dara. Apakah itu Merisik?



Merisik atau menengok merupakan adat tradisi masyarakat Melayu kita yang makin jarang diamalkan oleh generasi sekarang. Ianya bertujuan untuk menengok atau sinonim dengan 'meninjau' keadaan si gadis yang menjadi idaman si teruna. Meninjau keadaan disini bererti memastikan status sebenar gadis berkenaan serta berkenal-kenal dengan sikap dan kemahiran yang dimilikinya. Hal ini biasanya diuruskan oleh orang-orang lama yang lebih berpengalaman dalam menilai seseorang misalnya ibubapa pihak lelaki dan saudara mara yang terdekat.

Orang kata 'tak kenal maka tak cinta'.



Jika mengikut tradisinya, waktu untuk bertandang ke rumah pihak perempuan dirahsiakan namun kini sebaliknya pula berlaku. Adat ini sebenarnya wajar diteruskan oleh generasi masa kini agar tidak di telan dek zaman disamping manfaatnya yang baik bagi semua pihak. Sesuatu perkara haruslah bermula dengan baik barulah ianya berakhir dengan baik. InsyaALLAH.

Alhamdulillah setelah selesai gadis pilihan hati teruna dirisik keluarga, bolehlah merancang untuk langkah seterusnya. Perbincangan kedua belah pihak memerlukan persetujuan bagi memudahkan majlis yang bakal dilangsungkan kelak. Setelah selesainya adat ini, barulah beralih ke adat bertunang. Berikut merupakan sebuah pantun lama yang memiliki perkaitan maknanya dengan pertunangan individu yang berjauhan.

Pucuk pauh delima batu,
Anak seluang di tapak tangan,
Walaupun jauh beribu batu,
Hilang dimata di hati jangan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen