Bila Kahwin Nanti & Diuji Mempunyai Zuriat Lambat, Jangan Sedih Akan Tetapi Terus Berbahagia Dengan Pasangan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Selepas berkahwin, siapa sahaja yang tak mahu anak bukan? Tentu mana-mana pasangan yang berkahwin kalau boleh ingin memiliki zuriat mereka sendiri. Bukan apa, bila ada anak ini hubungan suami isteri makin erat malah dapatlah tutup mulut-mulut orang sekeliling.



Tapi itulah, bila diuji dengan zuriat ini, kenalah banyak bersabar. Tak kisahlah ada anak ramai ke tak ada anak, dua-dua kena sabar. Allah sedang merancang yang terbaik buat anda. Jangan terlalu sibukkan akan apa yang orang kata, adalah lebih baik anda sibukkan apa yang anda suami isteri rasa.

Ini sedikit nasihat apabila diuji perkara sebegini. Semoga terus kuat!

Aku nak beri sedikit motivasi buat isteri-isteri di luar sana yang masih belum mengandung setelah bernikah buat berberapa ketika.

Memang awal pernikahan, kita mengharapkan sangat-sangat kehadiran zuriat. Kita akan lalui fasa menunggu agar tak datang period pada setiap bulan yang berlalu.

Tapi setelah 6 bulan kahwin, tak ada lagi tanda-tanda akan mengandung, malah period datang macam biasa je, macam tak bersalah pulak ye?



Lepas tu kita pun start rasa tertekan, eh bila la nak mengandung ni. Orang lain elok je bunting pelamin segala, ada yang lepas pantang terus hamil lagi.

Mudahnya, MashaaAllah. Kengkawan pulak jenis yang tahu je mengandung, terus update pregnancy test kit tunjuk pada semua, lepas tu tak habis cerita pasal muntah, mual, muak loya setiap pagi.

Penuh newsfeed dengan cerita mereka.

Buat wanita/ isteri yang mengharapkan kehamilan, bersabarlah. Aku nak kamu semua buka mata, lapangkan perasaan dan fikir kenapa belum lagi buat masa ini direzekikan anak-anak buat kita.

Aku lihat ramai sebenarnya, yang boleh mudah mengandung, anak sampai 2 atau 3, tapi suami tak sayang.

Kena cerai, kena tipu, malah diabaikan oleh pasangan. Mereka mudah ada anak, malah bukan seorang, tapi suami tak sayang. Kena tinggal pulak tu pun ada.

Sekarang fikir, kita yang lambat mengandung ni ada je suami siang malam dengan kita. Sayangkan kita walau takde zuriat bersama, masih bersungguh-sungguh ambil berat, dan tak curang pun dibelakang kita.



Jadi, suami ini adalah suatu nikmat. Maka nikmat Tuhan yang manakah hendak kamu dustakan?

Kita suka sangat letak anak sebagai titik fokus kebahagiaan. Memang tak dinafikan, anak ini buat ibu ayah gembira bahagia sebab mereka adalah cahaya mata.

Tapi kita cepat sangat lupa, Allah boleh beri bahagia dengan pelbagai lagi cara sebenarnya. Allah Maha Bijaksana dan Maha Pemurah buat kita.

Jangan tertekan sangat bila tak ada anak lagi. Kita kira anak-anak ni akan sentiasa buat kita gembira. Tapi kita tak tahu betapa besar amanah yang kita kena pikul.

Lepas ada anak, bukan sahaja nak kena jaga kebajikannya dan membesarkan dia, kita kena didik dia dengan agama. Mampukah kita sebenarnya?

Kita rasa kita dah sediakan kewangan yang mencukupi jadi sepatutnya kita layak ada anak sendiri. Tapi Allah lebih tahu akan apa yang kita perlukan dalam hidup ini.



Allah nak kita guna rezeki untuk bahagian yang lain dulu sebelum diberi kepada anak. Sebab tu, ramai pasangan yang hidup gembira dapat pergi bercuti ke sana sini.

Sekarang fikir, kita rasa seronok dapat duduk rumah jaga anak, tapi ada sahaja yang akhirnya bosan sebab asyik kena duduk rumah jaga anak.

Sementara Allah beri rezeki dan peluang nak travel saja sini, nikmati dan syukurilah. Sebab bila dah ada anak nanti takut kita sibuk di rumah terus tak dapat pegi mana-mana lagi. Itu barangkali.

Terlalu memikirkan nak ada anak, sampai kita lupa ada pasangan yang mudah sangat nak dapat zuriat sampai akhirnya mereka "tak mahu" ada tambahan zuriat.

Mula la keluar alasan, belum ready, takde keperluan nak anak ramai dan ekonomi gawat. Mereka pula tak percaya pada ketentuan rezeki.

Lepas tu sibuk pasang implan, ikat rahim, makan pil perancang dan bersusah payah la sedaya upaya agar takde janin dalam rahim mereka.

Hidup asyik memikirkan eh tak suka la nak mengandung, alah lecehlah mengandung,ala "eksiden" pula, ala kenapa cepat sangat mengandung, penat la tak larat la..

Merungut sahaja!



Allah mahu beri atau belum memberi, itu atas kehendak dan kekuasaanNya. Kita tak perlu banyak mempersoalkan apa yang Allah swt dah rancangkan buat kita.

Kadang kita lihat, dah kahwin bertahun-tahun takde anak, rupanya ada takdir lain yang mendatang, suami pula bermasalah. Itu tandanya Allah swt tak mahu membebankan kita.

Kita kira anak itu satu-satunya pengikat kasih sayang suami. Ada terlalu ramai jangan sampai kita jadi tak terurus diri.
Suami kalau ikhlas sayang, takde anak pun dia akan sayang sampai mati. Aku pernah dengar, anak dah 7 orang tapi masih curang pada isteri! Hidup ini perlu banyak belajar untuk mensyukuri segala nikmat yang diberi. Setiap hari ucap Alhamdulillah, terima kasih Allah sebab bagi pelbagai nikmat tak terhitung banyaknya.

Terlalu runsing nak ada anak, jangan buat diri alpa bahawa Allah itu merancang dengan cintaNya. Apa yang kita tak dapat di dunia, bakal disediakan nikmat yang lebih besar di akhirat sana.

Kata kuncinya, sabar. InshaaAllah

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen